Sila lihat kemaluan anda, bagaimana rupanya?
Jika berkedut, kasar, kusam, langsung tidak menampakkan seri maka lakukan sesuatu supaya si suami makin bahagia melihatnya (gurauan manja untuk yang dah kahwin).
Mengekalkan kebersihan vagina di luar dan di dalam adalah satu cara nak pastikan anda sentiasa sihat. Anda mungkin tak pernah fikirkan tentang kesihatan vagina, sebab ia kadang-kadang rumit, atau mungkin anda rasa ia memalukan.
Oleh itu, penting untuk setiap wanita mengamalkan pemakanan sihat untuk kesihatan vagina. Setiap makanan pastinya mempunyai nutrien khas yang baik untuk tubuh. Termasuk dalam mengekalkan kesihatan bahagian intim.
Laporan menunjukkan kebanyakan wanita tidak tahu bahawa makan makanan yang disebut di bawah boleh mencegah jangkitan yis dan menjaga kesihatan dengan baik.
Air Putih
Bukan sahaja baik untuk kesihatan organ-organ lain dalam badan, air juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan vagina. Air diperlukan agar selaput lendir vagina berfungsi dengan baik. Biasakan minum banyak air setiap hari supaya vagina anda bukan sahaja berfungsi dengan baik tetapi juga tidak mengeluarkan bau yang kurang enak.
Baca : 6 Bau Tidak Menyenangkan Dari Vagina, Apa Maksudnya?
Yogurt
Vagina yang sihat adalah tempat yang baik untuk lactobacillus, sejenis bakteria baik yang membantu faraj mengekalkan paras pH yang sihat. Ia juga mempunyai yis yang bernama candida. Biasanya, keadaan berasid dari lactobacillus akan menghalang yis daripada berkembang. Tetapi bakteria baik ini boleh terjejas dan anda berisiko untuk mendapat jangkitan yis.
Oleh itu mengambil makanan yang kaya dengan probiotik seperti yogurt atau kimchi boleh membantu. Ia mengekalkan keseimbangan bakteria sihat untuk menggalakkan paras pH yang baik agar menggalakkan pertumbuhan lactobacillus yang sihat.
Bawang Putih
Bawang putih mengandungi sifat antimikrob dan antifungal yang membantu mencegah masalah vagina, seperti gatal-gatal, berbau dan juga keputihan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun, supaya badan anda bersedia melawan sebarang penyakit.
Soya
Kekeringan vagina berlaku apabila badan anda kekurangan estrogen yang menjaga ketegangan tisu dan pelinciran yang baik. Jadi, amalkan makanan berasaskan soya seperti edamame, tempe atau tauhu. Soya mengandungi sebastian tumbuhan estrogen yang meniru isoflavin. Ia juga bersifat hidrofilik dan boleh menarik air ke tisu anda.
Ubi Keledek
Ubi keledek dilaporkan baik untuk wanita yang mahu mengandung. Kaya dengan beta karotena dan vitamin A, ubi keledek memastikan dinding vagina dan rahim anda sihat. Apabila diserap oleh badan, beta karoten dalam ubi keledek bertukar menjadi vitamin A dan bertindak sebagai antioksidan yang kuat. Nutrisi yang terdapat dalam ubi keledek juga membantu dalam pengeluaran hormon seks.
Sayuran Hijau
Bila masa sayuran hijau tidak baik untuk kesihatan tubuh badan. Sayuran hijau kaya dengan nutrisi iaitu kandungan vitamin D? Ia juga meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menjaga daripada serangan penyakit. Sayuran hijau ini termasuklah seperti brokoli, kubis, dan sawi. Selain vitamin D, sayuran ini juga kaya dengan ia juga mengandungi vitamin C, E, dan K, karotenoid, folat, mineral, magnesium dan kalsium, semuanya bermanfaat untuk kesihatan otot – termasuk otot-otot vagina.
Walaubagaimanapun Dr Anissa Zamani, pakar dari Hospital Pakar Sultanah Aminah memberitahu tiada diet yang sepesifik dalam menjaga kesihatan vagina, tetapi penjagaan diet yang seimbang dengan senaman fizikal akan membina imunisasi untuk mengurangkan risiko dari sebarang penyakit atau jangkitan. Sebaiknya minum banyak air dan makan sayuran hijau.
Selamat Beramal!