Sejak penularan wabak virus korona berbahaya tersebar di Wuhan, kerajaan China telah mengeluarkan notis arahan agar bandar yang terkesan dengan jangkitan maut tersebut di tutup dan salah satu bandar tersebut adalah bandar di Wuhan.
Bandar Wuhan telah mula diarahkan tutup oleh pihak berkuasa China pada 23 Januari 2020 dan orang ramai diarahkan untuk duduk di dalam rumah. Bandar dengan kapasiti populasi penduduk sebanyak 11 juta orang ini mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan interaksi bersama orang lain.
Menurut laporan daripada South China Morning Post, wabak ini telah menyerang seluruh negara China dengan lebih dari 6,050 orang telah di jangkiti wabak ini dan manakala 130 orang disahkan telah meninggal dunia akibat serangan virus berkenaan.
Jumlah ini adalah laporan angka pada 29 Januari (semalam). Dan ianya mungkin bakal meningkat lagi.
Kini bandar Wuhan telah diarah tutup dan perintah berkurung telah dikeluarkan, bandar metropolis yang besar di wilayah Hubei ini menjadi seperti bandar berhantu!
Keadaan jalan raya yang terbentang luas telah menjadi kosong, lapangan terbang juga di tutup, pengangkutan awam seperti bas dan keretapi juga ditangguhkan. Ini membuatkan penduduk di Wuhan sukar untuk keluar dari bandar berbahaya ini.
Sedih melihat bandaraya yang sebelum ini penuh dengan orang ramai menjadi begini dan kerajaan China tidak menunjukan tanda-tanda untuk membuka pintu bandar metropolis wilayah Hubei ini dalam masa yang terdekat selagi wabak virus korona tidak ditangani.
Di harap pihak pakar dapat mencari jalan penyelesai segera.