Adakah kamu diantara individu yang menindik menggunakan kaedah tembak?
Jika ya, adakah luka di bahagian yang di tindik sembuh dengan baik dan berapa yakinkah kamu terhadap kebersihan alat tembak tersebut. Adakah kamu tahu kelayakan juru tindik yang memberi perkhidmatan tersebut. Bagi yang ingin menindik dengan melakukan kaedah tembak, kamu perlu tahu kesannya terhadap diri kamu.
Bukan nak kata kaedah tembak tidak bagus, cuma ianya bukanlah pilihan yang terbaik untuk kamu. Ramai yang menyangka kaedah ini lebih baik, cepat dan mudah, tetapi tidak memandang aspek yang lebih penting dari semua itu.
Ini adalah sebab mengapa kaedah tembak bukan yang terbaik untuk tindik!
Lubang Tindik Jadi Buruk
Apabila jarum besi tumpul di tembak ke dalam kulit, ia boleh menyebabkan lubang tindikan menjadi buruk dek kerana tusukan jarum besi tersebut.
Selain itu, ketebalan bahagian kulit yang ingin di tindik dan juga saiz jarum besi tindik yang tidak sesuai merupakan faktor utama mengapa lubang tindik menjadi buruk serta membuatkan kamu mengalami rasa sakit semasa melakukan tindikan.
Mudah Terkena Jangkitan
Jangan ambil mudah dengan isu tindik menggunakan pistol tembak ini kerana kamu mungkin tidak sedar yang diri kamu berkemungkinan di jangkiti bakteria atau virus gara-gara pistol tembak tersebut.
Kamu harus tahu meski jarum besi untuk menindik itu boleh di buang ganti, tetapi kebersihan pada pistol tembak tersebut belum tentu bersih dan ada bahagian pistol tersebut sukar dibersihkan. Maka tidak hairanlah jika alat tersebut boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku pada bahagian tindikan.
Menyebabkan Sel Tisu Trauma Dan Rosak
Menindik mana-mana anggota tubuh menggunakan kedah tembak akan menyebabkan sel tisu menjadi trauma dan rosak.
Ini adalah kerana jarum beri yang digunakan untuk menindik adalah jenis tumpul dan apabila jarum besi tumpul tersebut menusuk ke dalam sel tisu kulit dengan momentum paksaan, ia akan menyebabkan kesan trauma atas sel tisu tersebut.
Pistol Tembak Tak Di Steril Dengan Baik
Kamu tahu tak alat yang digunakan untuk menindik tersebut bukannya di steril dengan baik, biasanya jarum besi tersebut hanya di lap dengan menggunakan alkohol atau antiseptik yang mana ia tidak cukup untuk membersihkan molekul darah yang masih terdapat pada batang jarum besi itu.
Jadi adakah kamu berani menggunakan pistol tembak yang tidak berapa bersih untuk menindik anggota badan kamu?
Juru Tindik Miliki Latihan Yang Singkat
Kamu mungkin sangka juru tindik yang menawarkan perkhidmatan tersebut memiliki latihan yang profesional, tetapi sebenarnya tidak.
Jangka paling lama seorang juru tindik berlatih adalah antara seminggu hingga dua minggu, jadi mereka tidak mengetahui cara yang profesional bagi mengawal jangkitan serta cara rawatan jika berlaku sebarang kesilapan semasa proses tindik berlaku.
Adakah kamu berani untuk melakukan tindikan dengan orang yang tidak mempunyai latihan profesional sebenar. Dan jika kamu merasakan ianya bukanlah perkara besar, kamu perlu fikir jika berlaku sebarang kejadian yang tidak di ingini semasa proses berlaku ianya telah terlambat untuk menyesal.
Kualiti Jarum Pistol Yang Tak Bagus
Rasa-rasa jarum besi yang di letakkan dalam pistol tembak tersebut berkualiti atau tidak? Pernah terfikir tak kenapa jarum besi pistol tindik boleh di tukar ganti dan di buang dengan mudah, murah sangat ke harga besi tersebut sehingga ianya boleh di buang ganti dengan mudah.
Dan jika ianya adalah jarum besi murah, sudah tentulah ianya adalah besi yang berkualiti rendah, betul tak. Lagi pula mana ada peniaga yang mahu rugi, mereka sangat bijak mencari keuntungan walaupun sikit!
Pistol Tembak Sangat Bising
Menggunakan pistol tembaek akan menghasilkan bunyi yang sangat bising apabila proses menindik dijalankan dan kaedah ini tidak sesuai dilakukan bagi yang jenis mudah terkejut seperti kanak-kanak.
Akibat dari kejutan tersebut akan membuatkan tubuh badan bergerak dan pergerakan tersebut boleh menyebabkan pistol tembak yang masih berada pada lubang kulit terkesan.
Bagi yang jenis mudah terkejut, kaedah menindik dengan pistol tembak adalah tidak sesuai malah ia akan memudaratkan diri. Jadi mengapa perlu membahayakan diri semata-mata untuk menindik, lagipun terdapat kaedah lain yang boleh kamu pilih untuk menindik daripada menggunakan pistol tembak tersebut.
Di harap maklumat yang wanista kongsikan hari ini, memberi manfaat untuk kamu!