Bila bibir kering sehingga menyebabkan pecah-pecah, terus terasa tidak selesa.
Mempunyai masalah bibir hanya membuatkan penampilan cacat apatah lagi saat dioles dengan gincu, cukup menyakitkan mata orang yang melihat. Rasa tak cantik andai dilapis dengan sapuan gincu kegemaran.
Agaknya selain kekurangan minum air, apa lagi faktor yang menyebabkan bibir kering yang selama ini tidak diketahui. Mungkin tabiat seperti jilat bibir yang acapkali kita lakukan tanpa sedar?
Dehidrasi
Dehidrasi mengimbangi kesimbangan mineral semulajadi dalam badan, menyebabkan kerosakan tidak hanya kepada sistem organ dalam badan, tetapi juga kepada kesan negatif pada kulit.
Dehidrasi menyebabkan gejala seperti pening, sembelit, penurunan pengeluaran air kencing, mulut dan bibir kering, dan sakit kepala. Dalam kes dehidrasi teruk, dehidrasi boleh menyebabkan tekanan darah rendah, demam, atau mungkin juga sesak nafas.
Untuk mengelakkan dehidrasi, sentiasa minum 8-12 gelas air setiap hari. Jika anda seorang atlet atau pesakit kencing manis, minum lebih banyak air.
Jilat bibir
Satu kebiasaan yang anda kerap lakukan, secara berterusan dan tidak sedar, apabila bibir anda terasa kering adalah menjilat bibir.
Walaupun menjilat bibir dapat memberikan kelembapan sementara, namun sebenarnya cara itu akan menyebabkan masalah bertambah teruk. Menjilat bibir akan mengurangkan lapisan minyak yang melindungi bibir dan tabiat itu akan menyebabkan masalah bibir pecah bertambah buruk. Sebaik-baiknya, jika terasa ingin menjilat bibir, sapu air ke bibir anda dan ulangi kaedah itu sehingga bibir benar-benar pulih.
Gigit bibir
Sama seperti menjilat gigi, perbuatan menggigit bibir juga spontan – antara sedar atau tidak. Kebiasaan menggigit bibir boleh disebabkan oleh rasa gugup dan cemas, menumpukan pada perkara-perkara tertentu, atau bahkan hanya untuk melawan kebosanan.
Tabiat menggigit bibir anda juga boleh mengancam kesihatan bibir. Apabila anda menggigit bibir, gigi anda akan mengganggu bibir dan membuat lapisan koyak dan retak, malah sehingga berlakunya pendarahan.
Makanan masin atau pedas
Sekiranya anda mudah menjalani bibir kering dan pecah-pecah, mungkin anda harus mengurangkan pengambilan makanan makin dan pedas. Garam yang terkandung dalam makanan masin kegemaran anda boleh merengsakan lapisan kulit bibir dan menyebabkan keradangan. Begitu juga, makanan pedas.
Nak mengatasi, cuba seiringkan makan buah-buah dan sayur-sayuran bagi memulihkan keseimbangan pH badan.
Terdedah kepada matahari
Pendedahan kepada cahaya matahari antara penyebab utama bibir kering dan patah, walaupun cuaca mendung.
Sapukan lipbalm yang mengandungi minimum SPF15 setiap kali anda berada di luar rumah. Pilih lipbalm yang mengandungi titanium dioxide, zinc oxide, atau avobenzone (butylmethoxydibenzoylmethane) sebagai perlindungan UVA.
Kandungan lipbalm sendiri membantu melembabkan bibir, sementara sifat pelindung matahari yang terkandung di dalamnya akan meminimumkan kesan pengeringan bibir.
Mengambil ubat
Sesetengah ubat boleh meningkatkan risiko pecah bibir, seperti:
- Suplemen vitamin A
- Retinoid (Retin-A, Differin)
- Lithium – ubat gangguan bipolar
- Ubat kemoterapi
- Ubat anti-jerawat isotretinoin, atau Accutane
Di harap tips di atas dapat membantu mengatasi bibir kering seterusnya pecah. Mula minum air sebanyak yang mungkin ye!
Selamat Beramal!