Madonna merupakan “Queen of Pop” sejati!
Madonna Louise Ciccone atau dikenali sebagai Madonna, adalah salah satu selebriti yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya sahaja merupakan satu branding yang cukup kuat, dia merupakan ikon disegani dalam bidang muzik.
Penyanyi, penulis lagu, aktres dan ahli perniagaan terkenal dari Amerika Syarikat ini berjaya mencuri hati orang dengan muzik seperti “Like a Virgin, “La Isla Bonita”, “Vogue”, “Music”, “Like a Prayer” serta pelbagai lagi. Kesemua muziknya berjaya mencipta rekod di seluruh dunia.
Sepanjang karier, Madonna mencapai begitu banyak kejayaan. Dia juga telah mencetuskan kontroversi tetapi masih memberi inspirasi dan mempengaruhi banyak artis lain. Apa yang lebih mengagumkan ialah artis berusia 61 tahun kini hadir dalam industri muzik lebih dari sebelumnya, mencipta lagu-lagu hit dan orang ramai terusan mengagumi kelincahannya ketika beraksi di pentas.
Tetapi adakah anda pernah membayangkan bagaimana rupa Madonna sebelum mengecapi kemasyhuran dan sebelum dia menjadi ikon muzik pop?
Madonna Tahun 1983
Pada tahun 1983, jurugambar profesional Richard Corman mengambil gambar Madonna. Corman menjadikan Madonna sebagai subjek untuk fotografi potret. Pada masa itu, Madonna hanyalah seorang wanita muda berusia 24 tahun yang ingin berjaya dan mengubah dunia dengan seninya.
Kebanyakan gambar-gambar ini menunjukkan sisi Madonna yang penuh bertenaga, seksi, yakin dan kesungguhan. Madonna memakai aksesori seperti cuff bangle, lehernya dibalut rantai mutiara putih, solekan cat eye dan bibirnya dicalit rona merah yang kemudian menjadi signature, pakaian pula sekadar tee putih dan denim. Penampilan Madonna cukup segar dan mula menjadi ikutan anak muda.
Madonna dari dulu dah cantik. Rasanya dia yang mulakan trend gincu merah sebagai signature, sebelum artis zaman sekarang seperti Gwen Stefani dan Taylor Swift.
Korang masih dengar lagi muzik Madonna?