Kerajaan Shanghai melaporkan 10 lagi kes baru jangkitan coronavirus pada Isnin semalam bersamaan 3 Januari 2020, dengan salah satu kes melibatkan bayi berusia 7 bulan.
Bayi itu terdedah kepada seorang lelaki dari wilayah Hubei yang telah dijangkiti virus, menurut Suruhanjaya Kesihatan Shanghai.
Ini menjadi bayi itu adalah individu termuda yang dijangkiti virus. Minggu lalu, Beijing melaporkan kanak-kanak berusia 9 bulan sebagai salah satu kes yang disahkan.
Penyelidikan asal mengenai virus melaporkan jangkitan lebih tertumpu pada orang dewasa, dan kes di kalangan kanak-kanak agak jarang berlaku. Tapi siapalah kita nak menidakkan kerja Tuhan, “Kun Faya Kun.”
Baca : Lindungi Diri Dari Wabak Coronavirus Terutama Yang Sedang Travel
Kemas Kini
Angka kematian koronavirus di wilayah Hubei, China melonjak kepada 425 dengan hampir 20,000 kes disahkan positif dilaporkan pada Selasa. Dalam perkembangan terbaharu, portal berita South China Morning Post (SCMP) menyatakan sebanyak 64 kematian dicatatkan di China sejak semalam, menjadikan ia rekod kematian tertinggi dalam satu hari.