Lagu viral dari negara seberang “Lagi Syantik” pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia tahun lepas. Baik yang kecil mahupun dewasa, semua betah menyanyikan lagu ini dengan girang.
Lagu ini cukup terkenal tapi sayang pelantunnya tidak semua orang ketahui. Siti Badriah, wanita bertuah yang mencipta fenomena kini dilaporkan mengubah rupa parasnya. Mahu nampak lebih cantik dan seksi, Siti Badriah baru-baru ini melakukan suntikan pada bibir (lip filler) untuk menambahkan volume bibirnya supaya lebih tebal seperti Kylie Jenner.
Tabloid Indonesia Kapanlagi tidak terkecuali membuat liputan tentang penampilan Siti Badriah yang ternyata lebih anggun dan seksi. Hasilnya pun ternyata membuat orang lain terpesona dengan penampilan baru.
Siti Badriah muncul dengan bibir baru.
Wahh makin cantik pulak si Siti Badriah..