Para perubatan di Wuhan berhempas-pulas dengan memberikan 120 peratus tenaga dan kemahiran mereka dalam menangani pesakit yang dijangkiti virus korona ini. Mereka bekerja lebih masa serta berkorban sepenuhnya sebagai barisan hadapan dalam melawan serangan wabak berbahaya ini.
Walau bagaimanapun para perubatan seperti doktor dan jururawat adalah manusia biasa juga, akhirnya diri mereka tidak lagi mampu menampung beban dan mengalami keletihan yang sangat teruk. Malah wajah mereka juga penuh dengan kesan topeng ketat yang harus di pakai sepanjang masa.
Wajah mereka penuh dengan kesan tali topeng yang ketat, ada juga yang menyebabkan sehingga luka dan perlu di tampal dengan plaster. Kebanyakan wajah mereka di penuhi dengan kesan lebam dan parut yang akan mengambil masa yang lama untuk hilang!
Apa yang menyedihkan lagi adalah di laporkan selepas para pekerja perubatan selesai atau habis bekerja, mereka di lihat tidur di lantai dan kerusi hospital. Keletihan yang mereka alami membuatkan mereka mudah tertidur di mana jua, tanpa menghiraukan keselamatan diri.
Para perubatan di Wuhan mengalami tekanan mental dan emosi yang sangat berat, di tambah pula dengan jumlah pesakit yang dijangkiti virus korona semakin meningkat saban hari. Dengan pelbagai tugas yang perlu di pikul pada bahu, menyebabkan mereka tiada masa untuk makan hatta hendak ke bilik air sekalipun!
Pengorbanan para perubatan sama tarafnya dengan perajurit di medan perang, cuma pentas pertarungan mereka berbeza. Di harap virus ini dapat ditangani segera dan sekaligus dapat memberi ruang bernafas buat para perubatan yang bertugas berhempas-pulas di medan perubatan.
Rujukan: 1,