Novel coronavirus kini telah meragut lebih dari 910 nyawa dan lebih 40,171 orang telah dijangkiti di China. Angka ini merupakan yang terbaru dilaporkan oleh South China Morning Post hari ini. Dan negara-negara di sekitar Asia dan Eropah juga menunjukan peningkatan jumlah mangsa yang dijangkiti virus membunuh ini.
Kini pakar perubatan dan para saintis bertungkus-lumas menyiasat, dan hasil penyiasatan mendapati virus korona dijangkiti oleh manusia menerusi kelawar menerusi haiwan pengantara iaitu tenggiling sebagai penyebar virus.
Setakat ini kita semua tahu virus ini adalah jenis zoonotic di mana ia boleh berjangkit dari haiwan kepada manusia. Menerusi penyiasatan genetik, para penyelidik telah sahkan bahawa virus ini berasal daripada kelawar. Tetapi para penyelidik juga mempercayai terhadap haiwan kedua yang berfungsi sebagai pengantara pembawa virus antara kelawar dan manusia.
Tenggiling yang merupakan haiwan mamalia bersisik dan berlidah panjang daripada tubuhnya sendiri adalah haiwan pengantara yang menyebarkan virus ini dari kelawar kepada manusia.
Sekumpulan penyelidik daripada South China Agricultural University telah menemui sample dari pesakit virus korona 99% sama dengan sample virus yang diambil dari haiwan tenggiling liar.
Menurut media rasmi China, agensi berita Xinhua menyatakan bahawa kajian tersebut belum disiarkan dan belum mendapat pengesahan dari pakar perubatan yang lain.
Meskipun belum mendapat pengesahan dari pakar yang lain, para saintis berkata menerusi penemuan yang telah dilakukan, ianya masuk akal jika kita mengetahui mengenai haiwan tersebut.
Tenggiling sering di tangkap kerana sisik keratinnya yang digunakan sebagai bahan dalam perubatan tradisional China. Malah daging tenggiling pula merupakan makan ezotik yang menarik bagi masyarakat di China dan Vietnam.
Ada Apa Dengan Tenggiling?
Apa yang kita semua tahu tentang tenggiling? Tenggiling biasa tinggal di hutan liar, melainkan tenggiling Afrika jenis ekor panjang di mana mereka lebih gemar menghabiskan masa untuk tidur di celah-celah pokok atau lubang bawah tanah untuk tidur.
Manakala pada sebelah malam pula, mereka akan memburu serangga seperti semut dan anai-anai menggunakan lidah mereka yang melekit dan panjang sehingga boleh mencecah 16 inci dahsyatnya!
Tenggiling tidak memilik gigi tetapi mereka mempunyai ciri lain yang unik seperti memiliki kuku yang tajam untuk menggali dan mencari serangga di celahan pokok. Kuku tenggiling yang kuat juga dapat menyokong diri mereka apabila bergayut di dahan-dahan pokok.
Menariknya, tenggiling akan mencari pasangan setahun sekali dan anak-anak tenggiling pula akan di tinggalkan oleh ibu mereka selepas dua tahun.
Apa tenggiling menjadi tua dan lembut, sisik putih mereka mula menjadi keras dan boleh bersinar dalam gelap. Wah, tak sangka sisik tenggiling tua ini sebenarnya akan mengeluarkan cahaya macam ala-ala ‘glow in the dark’.
Jual Beli Daging Dan Sisik Tenggiling Adalah Salah!
Daging tenggiling di jual di pasar basah di China dan di pasar tersebut ramai orang terdedah dengan haiwan hidup dan daging mentah. Cuma apa yang menjadi tanda tanya adalah, sama ada haiwan ini di jual di Pasar Makanan Laut di Wuhan atau tidak, di mana situlah tempat penularan wabak ini bermula.
Pelbagai kajian telah membuktikan masih terdapat urusan jual beli tenggiling, meski Convention of International Trade telah memban larangan menangkap dan menjual haiwan spesis terancam ini sejak tahun 2006 lagi.
Biodiversity China dan Green Develompent Foundation merupakan sebuah badan berkanun yang mana lebih 200 syarikat farmasi mereka yang masih menggunakan tenggiling sebagai bahan perubatan.
Antara sebab tenggiling ini di jual secara haram adalah kerana harganya yang melambung tinggi di pasaran sehingga $2,200 atau RM9,000 bagi perkilogram di United States. Tetapi haiwan ini begitu dikenali dengan populasi terbaru ini.
Jika tenggiling merupakan haiwan penyebar diantara kelawar dan manusia, ia akan membuatkan penyelidikan semakin sukar untuk mengenalpasti haiwan mana lagi yang menjangkiti manusia.
Rujukan: 1,