Siapa sedang sakan menonton k-drama “Crash Landing On You”?
Penulis masih lagi tidak berkesempatan tapi ramai mengatakan drama ini sangat binge-watch, dan lagi pula ada di Netflix… jadi sangat mudah nak tonton.
Nak tahu fakta baru, laporan Nielsen Korea menunjukkan drama hebat lakonan Son Ye Jin dan Hyun Bin tersangatlah popular di kalangan wanita usia 40-an. Siapa sangka, golongan mak-mak yang asyik menonton.
Drama yang mengetengahkan percintaan Korea Selatan dan Korea Utara itu berjaya mengambil tempat teratas dalam semua saluran di kaca TV, termasuk rangkaian siaran awam di Korea Selatan. Angka kalangan demografi utama penonton antara umur umur 20 hingga 49.
Apa yang lebih menarik adalah bahawa Crash Landing On You adalah hit besar kalangan penonton wanita usia 40-an, sebanyak 26.1%.
Sinopsis
Yoon Se-ri (Son Ye-jin) adalah pewaris kepada konglomerat di Korea Selatan. Pada suatu hari, semasa paragliding, kemalangan yang disebabkan oleh angin kencang membuat Se-ri membuat pendaratan kecemasan di Korea Utara. Di sana, dia bertemu Lee Jeong-hyuk (Hyun Bin), seorang pegawai tinggi Korea Utara. Jung-hyeok cuba melindungi dan menyembunyi Se-ri dari orang luar. Tapi tanpa diduga, dia jatuh cinta dengan Se-ri.