Rasanya lama tidak melihat Madhuri beraksi di layar perak. Lakonan cemerlang dan real, ditambah langkah tariannya yang cukup cermat, anggun dan lembut, apatah senyuman manis walaupun usia sudah mencecah 50-an.
Anda percaya Madhuri kini 52 tahun? Kulitnya kelihatan sempurna, segar dan muda seperti gadis 20-an. Dia mempunyai kesegaran dan cahaya yang luar biasa di kulitnya. Agaknya apa rahsia Madhuri maintain awet muda agar standing aktres muda?
Kata Madhuri, dia amalkan petua mudah yang boleh didapati di dapur sahaja. Tak pakai banyak duit, hanya perlu disiplin.
Caranya..
Madhuri berkongsi,
“Ada hari-hari, kulit kita akan terasa sedikit kering dan kusam, sehingga timbulnya lingkaran gelap. Untuk menambah seri, anda hanya perlukan timun dan susu. Hiris timun secara membulat dan masukkan ke dalam susu segar. Simpan hirisan timun ke dalam peti sejuk dan bila dah sejuk, gosokkan ke seluruh wajah.”
Khasiat Timun
Timun mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit. Dari pemutihan kulit untuk merawat jerawat, timun boleh membantu menyelesaikan masalah kulit. Timun mempunyai kandungan air yang tinggi yang membantu mengekalkan kulit terhidrasi.
Ia juga kaya dengan antioksidan yang menjadikan kilit segar bugar. Kulit kita mempunyai protein yang dipanggil elastin dan protein ini bertanggungjawab untuk mengekalkan keanjalan kulit. Menggunakan timun pada kulit anda menghalang pemecahan elastin yang menjadikan kulit kendur.
Susu Baik Untuk Kulit?
Dengan kedua-dua air dan protein yang dimiliki, susu boleh bertindak sebagai pelembap hebat untuk kulit. Susu juga merupakan bahan yang hebat jika anda ingin mencerahkan kulit. Ia menggalakkan pencerahan kulit dengan mengeluarkan pigmen sel kulit.
Menggunakan susu secara teratur membantu dalam mengurangkan bintik hitam dan tompok gelap dari kulit. Susu mempunyai protein, mineral, dan vitamin yang membantu dalam mengurangkan kedutan. Penggunaan susu secara teratur pada kulit membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Sekarang anda boleh amalkan petua Madhuri setiap hujung minggu. Selamat Beramal!