Adidas kali ini membawa kempen terbarunya yang dikenali sebagai, “Faster Than_” bagi membuka lembaran baru mengenai erti ‘kepantasan’ sebenar. Tahun 2020 ini, Adidas berkongsi mengenai kepercayaan serta pandangan pelari-pelari ternama dunia tentang apa yang dimaksudkan dengan ‘kepantasan’.
Rata-rata menyatakan, ia merupakan satu perasaan yang dirasai oleh seseorang semasa berlari. Dan berdasarkan kepercayaan ini, Adidas yakin kempen “Faster Than_” dapat menarik minat golongan muda terutama pelari, untuk mencuba rekaan kasut terbaru yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi berkuasa tinggi pada tahun ini.
Menerusi kempen “Faster Than_”, Adidas memberi fokus dan tenaga bagi menghasilkan dua keluaran kasut terbaru iaitu Adidas SL20 dan Adidas Ultraboost 20.
Adidas SL20, Untuk Pelari Sejati
Kasut Adidas di reka khas dengan fungsi tapak kasut yang dapat memberi kepantasan kepada si pemakai. Malah fabrik atau bahan bagi menghasilkan kasut ini sangat ringan dan mempunyai daya keseimbangan antara berat dan fungsi kepantasan kasut.
Fakta Kelebihan Kasut Adidas SL20
- Lightstrike Midsole – Lapisan tengah-tengah antara tapak dan dalaman kasut yang sagat ringan dan selesa.
- Torsion Bar – Membuatkan pergerakan untuk berhenti semasa larian menjadi mudah dan lancar.
- Continental Stretchweb Rubber – Berfungsi memberi cengkaman yang maksima pada permukaan jalan dan memberikan pengalaman lari yang lancar kepada pelari.
- Engineered Mesh – Fabrik yang boleh regang ini dapat memberi sepenuh sokongan terhadap pergerakan kaki dan ianya sangat selesa.
Adidas Ultraboost 20, Beri Keyakinan Optimum Untuk Kamu!
Bagi kasut Adidas Ultraboost 20 atau UB20, ia merupakan kasut yang direka khas untuk memberi keyakinan yang optimum kepada pelari. Seperti namanya Ultraboost, ia dapat meningkatkan tahap kelajuan larian kamu dengan mudah kerana kasut ini telah direka dengan teknologi berkuasa tinggi.
Fakta Kelebihan Kasut Adidas Ultraboost 20
- Optimized Boost – Lapisan tengah antara tapak dan kasut ini dapat menangkap tenaga pada setiap langkah yang kamu ambil.
- Primeknit With TFP – Merupakan fabrik yang telah di inovasi dengan menggunakan teknologi Tailored Fibre Placement. Fabrik yang fleksibel dapat membuat pergerakan kaki lebih selesa dan mudah untuk bergerak.
- Torsion Spring – Lapisan tapak yang ringan berserta dengan cengkaman yang kuat, dapat memberi sokongan semasa kamu larian.
- Continental Stretchweb Rubber – Berfungsi memberi cengkaman yang maksima pada permukaan jalan dan memberikan pengalaman lari yang lancar kepada pelari.
Kasut Adidas SL20 dan Adidas Ultraboost 20 ini, boleh didapati di laman sesawang Adidas dan juga di butik kasut Adidas terpilih. Kasut boleh di dapati bermula dari 27 Februari 2020, dengan harga antara RM480 dan RM780.
Berikut Butik Cawangan Adidas Terpilih:
- Adidas Brand Centre, Sunway Pyramid
- Adidas Sport Performance Store, Suria KLCC
- Adidas Sport Performance Store, Pavilion
- Adidas Sport Performance Store, The Gardens Mall
- Adidas Sport Performance Store, Mid Valley Megamall
- Adidas Sport Performance Store, Berjaya Times Square
- Adidas Sport Performance Store, SkyAvenue Genting
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen “Faster Than_” dan juga koleksi-koleksi kasut baru Adidas, kamu boleh layari laman sesawang Adidas atau ikuti laman Facebook dan Instagram Adidas hari ini.