Jo Ann Munz, 54 merupakan seorang agen hartanah yang sangka diri telah berjumpa dengan Mr. right setelah bersama dengan teman lelakinya selama 18 bulan, musnah apabila Jo Ann mengetahui kecurangan teman lelakinya itu.
Lebih menyedihkan adalah teman lelakinya itu telah bertunang, dan apa yang membuatkan Jo Ann tidak boleh terima adalah dirinya dikeji dengan teruk oleh teman lelakinya sendiri bersama tunangnya.
Tidak dapat menerima tamparan dirinya ditipu dan di keji kerana rupa paras yang tua dek faktor usia, Jo Ann membuat keputusan untuk melakukan pembedahan kosmetik yang bernilai RM43K.
Jo Ann membuat perubahan 360 darjah dengan membuat pembedahan kosmetik lengkap seperti membuat payudara implant, plasma fibroblast, botox, micro-needling, chemical peel.
Perubahan bentuk fizikal terbarunya tidak membuatkan Jo Ann mengabaikan aspek penting kesihatan diri, Jo Ann mula mengikuti gaya pemakanan yang sihat, banyak minum air masak dan juga bersenam. Jo Ann melakukan semua ini sehingga ia telah menjadi rutin sebati dalam diri.
Gaya hidup seperti ini memberi nafas baru buat Jo Ann, selepas memiliki bentuk tubuh dan rupa yang baru Jo Ann mengambil bahagian menjadi model bogel untuk fotografi. Ternyata langkahnya untuk menukar angin ini telah membuka pintu kerjaya yang baru.
Menyingkap kisah kecurangan bekas teman lelakinya, pengalaman pahit tersebut membuka mata Jo Ann sesuatu dalam hubungan dan belajar untuk menghargai serta yakin terhadap dirinya sendiri.
“Confidence is the sexiest accessory a woman can wear. Fake it until you don’t need to anymore” – Jo Ann
Jadi bagi wanita di luar sana yang pernah mengalami pengalaman pahit dalam percintaan, Kamu tidak perlu mengubah rupa paras dan fizikal. Yakin dengan diri kamu dan pasti kamu ada menemui Mr. Right yang sebenar.
Rujukan : 1,