Anda sudah mencecah ke angka 3 tapi masih memilih untuk terus bujang. Tanya pada diri, kenapa? Kenapa anda selesa begitu?
Tipulah kalau anda tidak mahu mendirikan masjid seperti orang lain, tapi entahlah mungkin belum masanya lagi, atau anda sebenarnya sangat memilih, atau takut akan komitmen.
Menurut rekod bancian, bilangan wanita bujang nampaknya meningkat setiap tahun, dianggarkan hampir 5 juta di Malaysia. Kalau kaum Adam, rata-rata merasakan faktor kewangan menyebabkan mereka memilih untuk bujang tapi wanita?
- Foto – Hack Spirit
Laporan kata faktor seperti peningkatan taraf pendidikan, komitmen terhadap kerjaya dengan kesibukan masa, tanggungjawab kepada keluarga, kesukaran mencari pasangan bahkan sudah selesa dengan kehidupan bujang antara faktor wanita bersendirian.
Namun, tahukah anda bahawa wanita bujang 30-an berisiko untuk mengalami sindrom kensunyian.
Sindrom kesunyian merupakan satu perasaan dalam emosi individu yang sering rasa sunyi dan sepi akibat selalu keseorangan. Sindrom ini kerap berlaku kepada individu bujang senja terutamanya kaum wanita yang lebih rapuh emosinya.
- Giphy
Bagaimana untuk tahu jika anda adalah salah seorang dari wanita bujang senja yang mengalami sindrom kesunyian ini tanpa anda sedar?
- Sukar menjalinkan persahabatan dan tidak selesa bergaul dengan orang ramai
- Bersikap pemalu yang melampau serta tidak asertif
- Memiliki kekurangan dalam keterampilan sosial
- Cenderung menyalahkan diri sendiri atas hubungan sosial yang teruk
- Sering menerima kehadiran orang lain secara negatif
- Hilang keyakinan diri untuk berdepan masyarakat
Anda miliki sindrom di atas? Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk atas perasaan sunyi tersebut?
Nasihat Wanista, cuba mula bergaul dengan orang ramai – jika tidak boleh dalam kelompok yang banyak, memadai dengan kelompok kecil. Lama-kelamaan anda sudah terbiasa untuk berkomunikasi dan ada rasa keyakinan diri.
Selain itu, sibukkan diri dengan hobi kegemaran. Sebagai contoh, anda mungkin boleh sibukkan diri dengan menonton wayang, bermain boling, melancong, bersukan atau menabur bakti dengan kerja-kerja amal.
Dengan ini, anda tidak mempunyai masa untuk ‘meratapi’ meratapi kesunyian diri, dan semestinya anda bersikap positif.
- Foto – Deeby Jizi
Ingat, jangan sesekali bersikap negatif dengan diri sendiri. Sayang diri. Selamat Beramal!