Wanita mana yang tak nak kelihatan cantik dan miliki bentuk tubuh badan yang menawan macam Audrey Hepburn! Pasti ramai wanita tertanya-tanya macam manalah aktres cantik tersebut menjaga bentuk tubuhnya agar sentiasa langsing.
Meski ikon jelita ini telah meninggalkan kita semua sejak 26 tahun yang lalu, dirinya masih lagi menjadi idol bagi ramai wanita yang inginkan bentuk badan yang langsing dan cantik seperti mantan aktres filem ‘Breakfast at Tiffany’.
Nak tahu apa rahsia bintang hollywood ini kekal langsing, anak Audrey Hepburn, Luca Dotti tampil kongsi rahsia ibunya!
#1 No Diet! Tapi Kena Bersenam
Jangan ingat aktres cantik dan berjaya seperti Audrey ini, mengambil jalan mudah untuk kurus dan kekalkan bentuk badannya yang langsing. Audrey tidak pernah mengamalkan diet, dirinya lebih suka bersenam dan melakukan aktiviti berjalan.
Dan aktiviti ini turut diakui oleh Robert Wolders, yang merupakan teman tapi mesra Audrey selama 13 tahun. Jadi bagi yang nak body langsing macam Audrey, kenalah rajin bersenam!
#2 Wajib Makan Hidangan Tiga Kali Sehari
Oleh kerana Audrey tidak mengamalkan sebarang diet, dirinya mengikuti jadual makan harian seperti orang biasa yang lain. Di mana untuk sarapan pagi, Audrey akan makan roti bakar dengan jam. Manakala untuk makan tengah hari pula, Audrey akan memilih menu daging lembu atau ayam atau pasta bersama sayur.
Dan untuk makan malam pula, Audrey akan memilih menu sup ayam dan sayur. Memang ringkas menu harian Audrey ni, patutlah langsing je!
#3 Menu Sayur Wajib Okay!
Boleh dikatakan sayur adalah menu wajib bagi Audrey, meski menu pemakanan hariannya tidak banyak Audrey akan memastikan dirinya memakan sayur. Tambahan lagi sayurkan bagus untuk kesihatan tubuh badan dan memberi sumber nutrisi yang diperlukan pada tubuh.
#4 Lebihkan Makan Bijirin Dan Kurangkan Makan Daging
Kalau nak tahu segala makanan yang Audrey ambil tidak berlebih-lebihan, tak kira sama ada ayam atau daging semuanya diambil dengan kadar yang sederhana saja. Selain itu, Audrey akan lebihkan makan makanan berbijirin dalam menu pemakanannya.
#5 Siapa Kata Nak Kurus Tak Boleh Makan Coklat?
Siapa yang kata kalau nak kurus tak boleh makan coklat tu, boleh fikir balik la sebab apa aktres cantik ni memang gemar makan coklat!
Audrey gemar makan coklat selepas makan malam dan sambil-sambil makan coklat tu, Audrey akan minum scotch segelas dua dalam cawan yang kecil. Memang santai habis Audrey ni!
Untuk pengetahuan kamu, Audrey ni buat apa pun semuanya terhad dan tidak berlebih-lebihan. Contoh macam makan coklat, daging lembu, ayam hatta air beralkohol sekalipun, dirinya tidak mengambil dalam kadar yang banyak.
Lagi satu kamu juga kena rajin bersenam, serta amalkan gaya hidup yang sihat macam Audrey Hepburn ni barulah badan langsing!