Bagi penulis inilah YouTuber yang berjaya menunjukan kesatuan dan harmoni antara kaum dan juga kekeluargaan menerusi video masakan yang dimuatnaik di saluran YouTubenya ‘Sugu Pavithra’. Saluran YouTube milik pasangan suami isteri berbangsa India ini, berjaya menarik perhatian rakyat tempatan dan juga luar negara!
Nak tahu apa yang membuatkan YouTuber Sugu Pavithra ini sangat istimewa, dan berbeza dari YouTuber lain kena baca artikel ni sampai habis!
YouTube Sugu Pavithra Nama Gabungan Suami Isteri, So Sweet!
Kalau nak tahu, nama ‘Sugu Pavithra’ di ambil dari gabungan antara nama suaminya dan dirinya sendiri iaitu Sugu merupakan nama suaminya dan manakala Pavithra merupakan namanya sendiri. Serius Pavithra ni seorang yang manis, dan romantik dengan pemilihan nama YouTubenya!
Baru Sebulan Lebih, Dah Ada Subscribers 34.9K!
Kalau nak tahu, Sugu Pavithra mula menjadi YouTuber pada 28 Januari 2020, tempoh sebulan lebih ini saluran YouTubenya telah memiliki 34.9k subcribers di YouTube. Bukan mudah YouTuber baru untuk mendapat jumlah subcribers yang ramai begitu dalam masa sebulan lebih je!
Suara Comel Dan Penjelasan Jelas Berbahasa Melayu, Buat Netizen Jatuh Hati!
Antara sebab kenapa ramainya subcribers Sugu Pavithra ni adalah, suara lunak dan comel Pavithra membuatkan netizen yang menonton video resepi masakan menyukai YouTuber kecil molek ini. Tambahan lagi, Pavithra juga sangat fasih bertutur dalam bahasa melayu, serta penjelasannya juga sangat jelas.
Opss, bukan Pavithra seorang saja yang mahir bertutur bahasa melayu ni, suaminya Sugu dan dua orang anak kecil mereka juga pandai bertutur dalam bahasa melayu. Comel je dengar satu keluarga ni bersembang masa makan!
Hidup Di Luar Bandar, Bukan Penghalang Jadi YouTuber!
Meski tinggal di pendalaman kawasan estet di Sungai Siput, Perak, ia tidak menjadi halangan buat suri rumah dan ibu kepada dua orang anak ini untuk menjadi seorang YouTuber. Malah menerusi video masakan dimuatnaik, jelas menunjukan betapa suami dan anak-anaknya menyokong Pavithra untuk menjadi YouTuber.
Tambahan lagi, YouTube merupakan pentas terbaik buat diri Pavithra untuk membantu keluarga menjana pendapatan sampingan bagi jangka masa panjang.
Pilih Resepi Masakan Melayu-India, Tunjuk Keharmonian Antara Kaum
YouTube: Suami Masak ‘Terung Bulat Tumis Belacan’
Penulis suka menonton video-video resepi masakan yang dikongsikan oleh Pavithra ni, kerana setiap menu resepi yang dikongsikan menunjukan keharmonian antara kaum di Malaysia menerusi masakan.
Malah Pavithra sendiri juga, sangat suka mencuba resepi yang direkomen oleh subsciber-nya. Dan ini membuatkan semakin ramai yang mengikuti saluran YouTube Sugu Pavithra ini. Jadi Tak hairanlah, dalam masa sebulan lebih dah dapat 34.6k subcribers!
Bukan Sekadar Memasak, Juga Berkongsi Kisah Hidup!
YouTube: Sothi Petola Yang Sedap Masakan Khas India
Pavithra bukan saja pandai memasak resepi masakan melayu, dirinya juga gemar berkongsi masakan tradisi masyarakat india dan ramai yang menggemari menu resepi yang dikongsikannya. Selain itu, boleh dikatakan hampir dalam semua video masakan yang dikongsikan, Pavithra juga akan bercerita serba serbi tentang kehidupan dirinya sekeluarga yang serba sederhana.
Meski keadaan keluarga yang biasa-biasa, menerusi video masakan yang dikongsikan jelas terpancar keharmonian serta keakrapan hubungan antara suami isteri dan anak-beranak di dalam video tersebut. Penulis sendiri jeles melihat keharmonian keluarga YouTuber Sugu Pavithra ni!
Banyak Dapat Komen Positif & Membina!
Psst, Siapa Suka Makan Pedas Boleh Geng Dengan Sugu Pavithra!
Penulis perasan dalam video masakan yang dikongsikan oleh Pavithra ni, dalam masakan mesti letak cili padi! Senang cerita satu keluarga (suami dan anak-anak) Pavithra memang suka makan makanan pedas, dan rata-rata yang memberi komen pada saluran YouTubenya juga penggemar makanan pedas.
Bagi penulis YouTube Sugu Pavithra ini, bukan saja mengajar kita mengenal tradisi masyarakat india menerusi resepi dan masakan. Kita juga dapat mengeratkan hubungan dan saling memberi sokongan menerusi platfrom perkongsian video di YouTube tanpa membezakan kaum, warna kulit dan status diri.
Satu Malaysia!