Ada raja sehari selesa mengenakan baju longgar ala-ala kurung kedah, ada pula memilih potongan moden mengikut bentuk badan, ada juga mahu tampil modest dengan berjubah dan tidak juga mengenakan dress labuh mengikut tema bohemian serta bermacam lagi.
Penulis nak tanya anda yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama sudah memilih busana pernikahan? Soalan seperti nak pakai warna apa? Stail tradisional atau moden? Mahu tempah atau disewa sahaja? Berapa bajet yang diperuntukkan?
Baiklah pada yang masih mencari, Wanista compile baju nikah artis Malaysia boleh dijadikan inspirasi dan idea untuk anda semua. Mana tahu ada yang berkenan di hati? Bolehlah curi dan ubah serba sedikit mengikut citarasa anda.
Emma Maembong
Rekaan Ezuwan Ismail
Fazura
Rekaan Rizman Ruzaini
Elly Mazlein
Rekaan Jimmy Couture
Zahirah MacWilson
Rekaan Teh Firdaus
Izara Aishah
Rekaan Rizalman Ibrahim
Tasha Shilla
Rekaan Hatta Dolmat
Tun Aminah
Yuna
Rekaan Hatta Dolmat
Ini baru baju akad nikah, belum lagi malam berini, persandingan… alamak banyak betul.
Selamat Beramal!