Mahu aura feminin lebih terserlah, pakaian dalam wanita Sloggi Zero Feel Lace ada caranya. Baru-baru ini Sloggi mengeluarkan tiga lagi warna baru untuk koleksi pakaian dalam Zero Feel Lace, untuk menampilkan aroma dan aura feminin wanita jadi lebih intim.
Koleksi Zero Feel Lace kali ini tampil dengan warna Indian Summer, Angora dan juga warna hitam menawan. Ketiga-tiga warna ini didapati dalam empat jenis rekaan pakaian dalam koleksi Zero Feel Lace iaitu racer back top, v-neck bralette, strapless bandeau dan juga high waist brief.
Nak tampil seksi dengan aura feminin, pakai koleksi Sloggi Zero Feel Lace ni.
Racer Back Top & Midi High Waist Brief
Direka dengan menggunakan fabrik lace yang sangat selesa, boleh renggang dan menggunakan teknologi unik dengan memberi rasa kelembutan yang sangat mendalam. Bukan itu saja, dengan jahitan yang nipis di setiap penjuru fabrik dapat mengelakkan kulit dari berasa iritasi.
Manakala dari segi pad bra pula ia direka secara one piece dan tidak mudah bergerak ke kiri atau ke kanan. Jadi wanita tidak perlu risau mengenai kedudukan pad bra lari dari kedudukan. Bra ini dipadankan dengan seluar dalam high waist jenis midi yang sangat selesa dan mudah renggang.
V-Neck Bralette & Midi High Waist Brief
Rekaan v-cut pada bra, menampilkan aura seksi dan feminin pada tulang leher si pemakai. Malah fabrik lace yang digunakan juga menampilkan gaya moden dan kontemporari sesuai dengan citarasa wanita moden zaman sekarang.
Manakala di bahagian pad bra, ia direka duduk terletak dan tidak mudah bergerak ke kiri atau ke kanan kerana teknologi pada fabrik bra tersebut membuatkan ia cantik terduduk di payudara sang pemakai. Bra ini juga dipadankan bersama seluar dalam high waist jenis midi.
Strapless Bandeau & Mini High Waist Brief
Seperti namanya strapless bandeau, merupakan bra tanpa tali yang elegan dan seksi, bra ini menggunakan kain fabrik lace yang lembut dengan rekaan teknologi yang boleh renggang 360 darjah. Bukan itu saja, pad bra juga di reka secara one piece dan tidak mudah lari atau lari kedudukan.
Bra ini digandingkan bersama seluar dalam high waist jenis mini yang comel dan selasa untuk di pakai.
Bagi yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai koleksi pakaian dalam Sloggi Zero Feel Lace, kamu boleh kunjungi laman sesawang Sloggi atau ikuti laman Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.