Saiz zakar penting ke untuk kepuasan hubungan kelamin?
Untuk pengetahuan kamu, ramai lelaki sebenarnya lebih risau tentang perkara ini berbanding dengan pasangannya. Mereka tertanya-tanya, penting ke zakar besar atau kecil? Kamu rasa?
Oleh sebab amat terdorong dengan fikiran ini, maka lelaki melakukan pelbagai cara untuk memanjangkan senjata mereka.
Menurut kajian, purata panjang ialah sekitar 5.5 hingga 6.2 inci. Tapi saiz zakar yang paling normal dan dimiliki kebanyakan lelaki ialah sepanjang 5.1 hingga 6 inci. Kata wanita, saiz zakar yang besar (dalam ukuran 5.75 – 6.25 inci) ialah saiz yang paling best ketika melakukan hubungan kelamin.
Di internet, pelbagai cara untuk membesar dan memanjang zakar dengan ubat-ubatan. Jika saiz zakar anda 5cm (selepas ereksi), ia sudah memadai. Jadi mengapa anda ingin membahayakan diri dengan mengambil ubat-ubatan yang tidak terbukti mampu memanjangkan zakar?
Apa hukum sebenar memanjang zakar, adakah mengubah ciptaan Yang Maha Esa? Ustaz Azhar Idrus menerusi video Youtube menjelaskan hukum hakam mesti anda kena tahu.
Setiap fizikal yang dicipta Tuhan sudah sebaik dan seeloknya, tidak perlu ditukar ganti. Tapi rawatlah jika ada kekurangan atau cacat kurang upaya.
Hukum membesarkan dan memanjangkan zakar, tertakluk kepada dua keadaan;
- Ia menjadi HARAM apabila bertujuan ke arah melakukan zina dan maksiat, membuat prosedur yang lebih memudaratkan diri sendiri
- Ia dikira HARUS apabila bertujuan mengekalkan keharmonian rumah tangga dan bertujuan mendapatkan lebih ramai zuriat
Dalam hal ini, ia bergantung kepada niat individu tersebut. Jika zakar tidak normal saiznya akibat cacat kemalangan, maka dia boleh mengubahnya selagi mana tidak terdedah kepada bahaya demi kesihatan. Hal ini perlu dipastikan dengan pakar perubatan yang berwibawa sebelum dia membuat sebarang keputusan.
Proses mengubah hanya diizinkan jika ia dilakukan sebagai rawatan perubatan untuk memulihkan keadaan kesihatan dan mengembalikan zakar kepada saiz asalnya. Tapi mengubah saiz zakar tidak harus dilakukan untuk meningkatkan kecantikan semata-mata apatah lagi ia mengubah ciptaan.
Dalam hal ini, ia pastinya tidak diizinkan oleh ALLAH. ALLAH berfirman:
لَّعَنَهُ اللّهُ وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا (118)
وَلأُضِلَّنَّهُمْ وَلأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللّهِ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا (119) سورة النساء
“Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan: “Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba ENGKAU bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku). Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.” – [Sûrah al-Nisâ’: 118-119]
Barangsiapa yang terlibat dalam pembedahan kosmetik untuk tujuan kecantikan semata-mata juga tergolong dalam celaan sebagaimana hadith riwayat Ibn Mas`ud r.a. di mana dia mendengar Rasul ALLAH s.a.w. mencela perempuan yang mencabut bulu kening dan sesiapa yang menjarakkan gigi atas alasan mengejar kecantikan. Merekalah yang mengubah ciptaan ALLAH. – [Hadith riwayat al-Bukhârî & Muslim]
Ingat, mengubah ciptaan Allah semata-mata untuk kecantikan adalah Haram!
Selamat Beramal.