Beruntungnya wanita yang miliki kulit wajah bersih bebas cela seperti aktres Filipina Sarah Lahbati.
Baru-baru ini, Sarah Lahbati mencuri perhatian selepas tampil dengan solekan ‘no-makeup look’ di hari bahagianya. Terlampau natural sampaikan dia langsung tidak memakai eyeshadow. Sarah hanya mengenakan bronzer di wajah untuk mengukir tulang pipi dan maskara supaya bulu mata lebih lentik dan galak.
Kata Sarah, dia mahukan gaya serba ringkas sesuai dengan majlis kahwin yang diadakan cara civil berikutan penularan Covid-19.
Selain miliki kulit wajah bersih, beberapa trik genius di bawah boleh dipraktik untuk kecapi mekap flawless walaupun tanpa menggunakan sebarang foundation.
Prep, Prep, Prep
Prep wajah sangat penting sebelum anda memulakan langkah menyolek. Moisturizer, sublock dan primer yang baik adalah langkah penting dalam aplikasi solekan. Gunakan pelembap berasaskan gel atau bebas minyak – ini akan membuatkan wajah nampak lagi smooth dan langsung tidak cakey.
Baca : Muka Berminyak Teruk Gara-Gara Krim Pelembap, Ni Cara Betul Pilih “Moisturizer” Untuk Kulit
Concealer Pengganti Foundation
Siapa di sini skip foundation dan hanya guna concealer sahaja? Mungkin untuk mekap harian, anda boleh praktis cara ini. Cumanya pilih concealer jenis yang high-coverage untuk menutup cela, bintik-bintik, bekas parut, kawasan gelap bawah mata, hidung, sekitar bibir atau di mana sahaja. Blend menggunakan hujung jari anda untuk kemasan yang semula jadi dan tidak terlalu berat.
Highlighter Tambah Seri
Nak seri di wajah, tambah dengan kilauan. Untuk nampak semula jadi, anda boleh gunakan formula jeli atau krim. Aplikasikan ke tulang pipi, hujung dan batang hidung dan juga cupid bow pada bibir.
Pakai Bedak
Loose powder adalah item paling perlu untuk mengunci pori-pori dan menghasilkan mekap matte tanpa kilauan berlebihan. Fokuskan pada kawasan T-zone anda dan pipi untuk kakak bersinar dan bebas minyak.
Baca : Tips Memilih Loose Powder Terbaik Untuk Hasil Solekan Sekata Tidak Berminyak
Setting Spray Wajib Ada
Sudahi solekan dengan setting spray. Ia bukan sahaja untuk lock solekan, malah memberi glow dan kesegaran di wajah. Wajah anda kelihatan lagi bermaya.
Tapi yang paling penting, kena prep wajah sebelum nak mula mekap. Selepas itu, bolehlah tambah blusher, mascara, dan lipstick.
Selamat Beramal!