Adakah kamu sering berasa sukar untuk tidur dengan nyenyak di waktu malam, jangan risau IKEA ada solusinya. Sempena menyambut Hari Tidur Sedunia 2020, IKEA ingin membantu kamu untuk mendapatkan waktu tidur yang nyenyak menerusi empat elemen ini.
Keselesaan
Demi mendapatkan waktu tidur yang nyenyak, IKEA menjelaskan kamu perlu tidur dalam keadaan yang selesa seperti penggunaan bantal dan tilam yang empuk. Di IKEA menawarkan produk bantal dan tilam yang berkualiti, empuk, selesa dan sesuai dengan posisi tubuh badan ketika tidur.
Di IKEA terdapat beberapa jenis bantal dan tilam yang sangat bagus untuk kamu.
Suhu Dan Bunyi
Selain itu, untuk mendapatkan rasa tidur yang nyenyak faktor suhu dan bunyi juga bermain peranan penting. Dengan suasana yang betul, kamu akan berasa relaks dan tenang sekaligus membuatkan diri kamu mudah untuk tidur dengan nyenyak pada waktu malam.
Kini IKEA menawarkan produk barangan seperti panel menyerap bunyi bagi memberikan pengalaman tidur yang lebih berkualiti kepada kamu.
Kualiti Udara
Jika inginkan pengalaman tidur yang nyenyak, udara yang bersih dan berkualiti sangat penting bagi membekalkan tidur yang baik dan sekaligus membuatkan tubuh menjadi cergas. Nak udara segar, guna pokok-pokok dari IKEA gerenti lepas ini udara dalam bilik jadi lebih bersih dan nyaman.
Pencahayaan
Pencahayaan merupakan aspek penting bagi memberikan suasana yang mudah membantu untuk kita tidur dengan nyenyak. Dengan penggunaan langsir berwarna gelap dan lampu-lampu IKEA yang natural pasti dapat memberi suasana yang sesuai untuk kamu dapatkan pengalaman waktu tidur yang nyenyak!
Ingin dapatkan tips-tips untuk merasai pengalaman waktu tidur yang nyenyak, kunjungi IKEA Damansara, IKEA Cheras, IKEA Tebrau dan IKEA Batu Kawan atau layari laman sesawang IKEA.my untuk maklumat lanjut.