Hana Tajima sekali lagi mempamerkan bakat dalam menghasilkan fesyen yang trending dan versatil. Sempena kedatangan musim bunga dan panas pada tahun ini, Hana Tajima menghasilkan rekaan fesyen berkonsepkan ‘Changing Bodies’ yang bermaksud wanita boleh menikmati fesyen secara bebas seperti menukar pakaian tanpa had, saiz dan mood.
Konsep fesyen seperti ini sangat sesuai bagi menggambarkan dunia wanita yang ingin bergaya, sering dipengaruhi dengan mood harian mereka sendiri. Idea kreatif Hana Tajima ini pasti akan menarik peminat fesyen di Malaysia khususnya, dalam meneroka kebebasan bergaya tanpa batasan saiz dan keinginan.
Ke semua rekaan Hana Tajima ini boleh didapati di butik pakaian UNIQLO dan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan bertepatan dengan fabrik serta material yang digunakan.
Pastinya pencinta fesyen tidak rugi mendapatkan busana rekaan Hana Tajima di UNIQLO. Untuk mengetahui lebih lanjut atau kamu ingin mendapatkan busana ini, kamu boleh layari laman sesawang UNIQLO atau FAST RETAILING bagi melihat sendiri keluaran produk Hana Tajima X UNIQLO.
Selamat membeli-belah!