Jika kita lihat di negara kita sendiri, pemimpin negara bertungkus-lumus melakukan apa jua kaedah bagi menangani penularan pandemik Covid-19 di kalangan rakyat. Tapi lain pula di negara gajah putih Thailand, di mana pemerintahnya lari meninggalkan negara bersama gundiknya ke luar negara di saat getir ini.
Raja Maha Vajiralongkorn membuat keputusan melakukan kuarantin sendiri bersama 20 orang gundiknya di sebuah hotel mewah di German. Menurut Daily Mail, pemerintah negara gajah putih itu menyewa keseluruhan hotel mewah di Jerman untuk dirinya dan juga gundik-gundiknya sebagai tempat kuarantin.
Pemimpin Lari, Negara & Rakyat Sengsara Sendiri
Raja Maha Vajiralongkorn yang menyewa keseluruhan Grand Hotel Sonnenbichl di Bavaria, Jerman. Tindakan raja Thailand tersebut mendapat kritikan dan kecaman hebat dari seluruh dunia.
Tatkala negara dan rakyatnya sedang mengharungi penularan pandemik Covid-19 di negara mereka, pemerintah mereka pula lari tinggalkan rakyat bersama gundik di saat sulit ini.
Sudahlah tidak membuat sebarang pelan bagi mengatasi masalah penularan wabak maut di negaranya sendiri, Raja Thailand ini juga tidak memberi dana bantuan untuk pihak perubatan mendapatkan kelengkapan perubatan yang diperlukan.
Kritik Pemerintah Kena Penjara 15 Tahun!
Di sosial media ramai rakyat Thailand takut untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pemerintah mereka, kerana risau akan di tangkap dan di penjarakan selama 15 tahun. Tetapi tidak bagi segelintir rakyat Thailand dan juga netizen dari luar negara.
Mereka menyuarakan tindakan Raja Maha Vajiralongkorn itu adalah perbuatan yang tidak patut dilakukan oleh pemerintah negara.
Raja Thailand Hantar Pulang Petugas Yang Dijangkiti Covid-19
Sudahlah lari meninggalkan negara dan rakyat terkontang-kanting menghadap Covid-19, tiba-tiba kecoh lagi pasal Raja Thailand menghantar pulang petugasnya kerana ada dikalangan mereka dijangkiti Covid-19 ini.
Berikut hal itu, menimbulkan kecaman dan kritikan hebat oleh netizen disebabkan sikap pentingkan diri raja tersebut.
Apalah nasib rakyat Thailand sudahlah negara di serang dengan wabak maut ini, pemerintah mereka pula lari meninggalkan rakyat di luar negara. Nasib baiklah pemimpin Malaysia tak macam tu!