Macam-macam hal!
Peminat K-Pop memang sentiasa PMS setiap masa ye?
Baiklah, disebabkan penampilan yang serupa dengan Blackpink Rose, seorang influencer Allissa Shin dikecam oleh peminat Blackpink (blinks) sendiri.
Influencer yang mempunyai lebih 15K pengikut di Instagram telah menarik perhatian Blinks kerana rupa parasnya yang sama seperti Rose. Siapa sangka ramai memuji Allissa atas kecantikan dan miripnya dengan Rose.
https://www.instagram.com/p/B-LN14qJyE5/
Walau bagaimanapun, tidak semua perhatian yang diterima oleh Allissa adalah positif. Ada juga yang membenci dan tidak suka dirinya ensemble Rose.
Tidak berdiam diri, Allissa membuat posting Instagram Stories dengan membidas komen negatif yang membenci dirinya kerana penampilan 100% iras Rose. Beberapa peminat toksik telah menuduh dia meniru atau cuba kelihatan seperti Rose, walhal Allissa menegaskan inilah dirinya dengan gaya dan fesyen yang disukai.
Pada penulis, Allissa mungkin nampak seperti Rose bila berambut blonde, dengan feature mukanya, potongan rambut panjang, malah senyuman juga.
Apa kata korang, sama ke?