Bagi individu yang menghidap penyakit asma pastinya kamu lebih risau akan faktor kesihatan diri pada waktu ini, dengan penularan Covid-19 yang semakin meningkat di negara kita. Mereka yang memiliki penyakit asma ini berisiko mendapat komplikasi kesihatan yang lebih teruk jika dijangkiti wabak maut ini.
Jadi bagaimana individu menghidap penyakit asma ini boleh melindungi diri dari wabak pembawa maut ini? Ikuti beberapa cara dan langkah yang disarankan oleh pakar perubatan di bawah.
#1 Kenalpasti Tahap Asma Diri
Terdapat beberapa tahap atau peringkat yang diklasfikasikan jika seseorang itu menghidap penyakit asma. Penyakit asma ini dibahagikan kepada empat tahap iaitu ringan, ringan berterusan, sederhana berterusan dan kronik.
Bagi golongan yang menghidap asma tahap ringan sehingga tahap sederhana berterusan, dimasukkan di dalam golongan berpotensi untuk mengalami komplikasi dari penularan virus ini.
Manakala bagi individu yang menghidap asma pada tahap kronik dan serius lebih sukar untuk dikawal dari terkena komplikasi yang disebabkan oleh virus maut ini.
#2 Lindungi Diri Dari Jangkitan Coronavirus
Public Health England menyarankan agar individu yang menghidapi penyakit asma pada tahap ringan sehingga tahap sederhana berterusan, agar membuat penjarakkan sosial. Selain itu, mereka juga perlu melakukan senaman atau meditasi selama sejam setiap hari bagi membuatkan diri aktif.
Jangan keluar dari rumah kecuali untuk keluar membeli barang dapur atau hal kecemasan, kuarantin diri dari orang lain supaya penyakit asma tidak menyerang sepanjang tempoh penularan Covid-19 ini.
#3 Tangani Gejala Jangkitan Coronavirus
Jika kamu mengalami tanda-tanda gejala jangkitan coronavirus ini, segera menghubungi pihak kesihatan untuk memaklumkan keadaan kesihatan kamu agar pihak kesihatan dapat memantau dan sentiasa mengawasi gejala yang terdapat pada diri kamu.
Jika penyakit asma kamu berada di tahap yang ringan dan mula menunjukkan gejala jangkitan Covid-19, apa yang perlu kamu lakukan adalah mengkuarantinkan diri di dalam rumah selama 14 hari.
Jangan panik, lakukan kuarantin diri dan jika gejala jangkitan tidak berhenti sehingga hari ketujuh, atau jika kamu mengalami kesukaran pernafasan segera menghubungi pihak kesihatan.
Buat diari asma untuk mencatat petanda dan gejala yang kamu alami, ambil ukuran penafasan menggunakan peak flow metre. Jika kamu tidak memiliki pengukur ini, kamu boleh bertanya kepada doktor yang merawat penyakit asma kamu.
Dengan rekod diari asma ini, kamu juga dapat membantu doktor melihat rekod kesihatan sepanjang tempoh kamu di kuarantin.
#4 Kerap Guna Inhalers & Ikuti Pelan Tindakan Asma
Untuk menjaga kesihatan agar tidak mudah di serang asma, kamu harus kerap mengambil ubat asma (inhalers). Kamu juga tidak perlu untuk menukar inhalers, cuma kamu perlu pastikan bahawa ubat asma tidak tamat tempoh atau luput.
Selain itu, bagi yang menghidapi penyakit asma kamu perlu memiliki pelan tindakan untuk kamu rujuk sebagai rutin harian.
Kamu boleh dapatkan pelan tindakan asma ini melalui pegawai perubatan, dengan pelan ini juga kamu juga tahu bagaimana untuk menggunakan inhalers dengan betul agar penyakit asma tidak menjadi teruk.
#5 Jaga Inhalers Dengan Baik
Penting untuk kamu menjaga ubat asma dengan baik sepanjang tempoh virus ini menular, ini yang perlu kamu lakukan untuk menjaga inhalers:
- Tengok video online bagaimana untuk menggunakan teknik inhalers dengan betul.
- Pastikan inhalers sentiasa bersih dan disimpan di tempat yang baik.
- Bersihkan badan inhalers (yang plastik tu), bersihkan luar dalam dan keringkan atau kamu juga boleh lap menggunakan kain. Manakala ubat gas asma yang terdapat di dalam inhalers perlu dikeluar sebelum kamu mulakan kerja pembersihan.
Bagi yang mempunyai penyakit asma, jaga kesihatan kamu agar tidak mudah di serang asma dan amalkan penjarakkan sosial.
#StaySafe #StayAtHome #DudukRumah #PenjarakkanSosial
Rujukan: 1,