Di Korea Utara banyak perkara yang tidak boleh dilakukan, sebarang aktiviti, penjualan alat elektronik, fesyen hatta milikan harta benda sekalipun harus mendapat kebenaran kerajaan Korea Utara terlebih dahulu.
Ya itu lah nasib yang rakyat Korea Utara, ingin tahu apa perkara-perkara yang kerajaan Korea Utara sekat dan kawal baca artikel sampai habis!
#1 Bercuti Luar Negara
Untuk pengetahuan semua, rakyat Korea Utara tak dibenarkan untuk melancong ke luar negara. Meski ianya melanggar hak asasi kemanusiaan, tetapi di Korea Utara hak-hak tersebut tidak boleh diguna pakai.
Justeru itu, ramai rakyat Korea Utara tidak melancong dan rata-rata di kalangan mereka sendiri tidak mengetahui terdapat hak asasi kemanusian di dunia ni.
#2 Kereta Mewah
Sudahlah tidak boleh melancong, malah pemilihan kereta juga terhad di Korea Utara. Ini adalah kerana kenderaan yang mewah ini dijual dengan harga yang sangat mahal gara-gara arahan yang dikeluarkan oleh USA dan juga Eropah.
#3 Produk Hi-Tech
Korea Utara menyekat pembelian produk-produk berteknologi tinggi seperti telefon pintar Iphone di negara mereka. Rakyat Korea Utara hanya boleh membeli produk keluaran dari negara mereka sahaja. Tidak hairanlah gajet yang mereka gunakan semuanya tidak up-to-date.
#4 Konsert
Selebriti luar negara yang dapat membuat persembahan di Korea Utara boleh dikira dengan jari, dan rata-rata bukan semua rakyat Korea Utara boleh hadiri konsert seperti itu. Kebanyakan rakyat Korea Utara hanya boleh menghadiri konsert tempatan sahaja, jadi jangan haraplah mereka boleh menghadiri konsert-konsert lain.
#5 Wi-Fi & Panggilan Luar Negara
Untuk pengetahuan semua, rakyat di Korea Utara tidak dibenarkan untuk membuat panggilan ke luar negara. Malah data internet juga terhad kepada 3G sahaja, kalau ada pelancong luar negara yang memasuki negara mereka dan ingin membuat panggilan mereka harus membeli sim kad pra-bayar bagi menghubungi ke luar negara.
#6 Majalah Luar Negara
Korea Utara sangat terkenal dengan propaganda dan kaedah brainwash’ menerusi bahan bacaan, majalah, siaran media dan juga poster. Jesteru itu, sebarang majalah dari luar negara disekat di Korea Utara dan kerajaan mereka sangat mengawasi sistem pencetakan dan media di negara mereka.
#7 Kabel TV
Sudahlah bahan bacaan dikawal selia, siaran televisyen juga dikawal sama. Rakyat Korea Utara hanya memiliki empat siaran rasmi dan siaran tersebut sahaja yang boleh mereka tonton serta yang dibenarkan oleh kerajaan mereka. Seksanya hidup macam tu!
#8 Dilarang Menyambut Krismas
Pelik tapi benar, di Korea Utara merupakan negara yang mengamalkan konsep atheist, oleh itu mana-mana agama dilarang dianuti di negara tersebut. Kerajaan Korea Utara juga sangat memantau ketat jika ada rakyat mereka yang cuba menyambut mana hari perayaan seperti Hari Krismas.
#9 Kasut Berjenama
Wanita di Korea Utara tidak bernasib baik seperti wanita-wanita di luar negara di mana kasut yang mereka pakai adalah kasut yang harus mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan mereka. Jadi jangan harap akan ada kasut-kasut rekaan berjenama seperti di negara luar.
Banyak betul yang tak boleh ada di Korea Utara. Kalau terjadi dekat Malaysia, apa korang nak buat?