Di lapangan terbang Narita, Jepun menggunakan kotak sebagai alternatif untuk pelancong berehat sementara menunggu ujian saringan Covid-19. Kaedah ini membantu pelancong yang terkandas di lapangan terbang menunggu dalam keadaan selesa dan teratur sementara menunggu ujian saringan.
Idea seperti hotel sementara ini menarik perhatian seluruh dunia kerana ia di buat di lapangan terbang, dan sudah tentunya jumlah pelancong yang terkandas di lapangan terbang dalam jumlah yang agak banyak. Dengan menggunakan kotak sebagai alternatif ia menjimatkan penggunaan katil sebenar.
Pelancong yang membuat ujian saringan akan menunggu selama 6 jam hingga dua hari bagi mendapatkan keputusan ujian saringan Covid-19 mereka. Tetapi dengan ruang tempat tidur menggunakan kotak keras bersama selimut dan bantal ini memberikan keselesaan buat pelancong yang menunggu ujian saringan mereka.
Idea menarik ini boleh dicontohi oleh negara-negara lain di lapangan terbang masing-masing, ia bukan saja melancarkan urusan mengambil ujian saringan di lapangan terbang. Malah pelancong juga tidak berasa terlalu letih menunggu jika adanya ruang seperti ini untuk berehat sementara menunggu keputusan ujian saringan.