Isu kesuburan merupakan isu yang sensitif dan rata-rata kebanyakan pasangan akan cuba mengelak untuk menyentuh isu ini jika mereka masih tidak di kurniakan zuriat. Namun begitu, ia tetap akan menghantui kedua-dua pasangan tatkala isu tersebut di bahas oleh ahli keluarga mereka sendiri atau kenalan rapat yang lain.
Meneliti ketiadaan zuriat kerana masih belum ada rezeki, ia hanya salah satu alasan yang sering pasangan berikan kepada orang sekeliling mereka. Tetapi ianya tidak membantu realiti sebenar yang dihadapi mereka.
Oleh itu, di mana silapnya? Nak kata tak buat pemeriksaan dengan doktor, semuanya telah dibuat. Jadi apa lagi yang harus diberi perhatian?
Air Mani Sihat Potensi Mudah Dapat Zuriat!
Rata-rata ramai pasangan alma, faktor kesihatan air mani juga boleh menyebabkan punca mengapa bertahun-tahun berkahwin tetapi masih tidak dikurniakan zuriat. Apa yang menyebabkan air mani boleh menjadi tidak sihat?
Ingin tahu, lihat senarai di bawah yang boleh menjejaskan kesihatan air mani pasangan dan ketahui bagaimana untuk meningkatkan kesihatan air mani dengan mudah dan selamat!
Haba Laptop
Tak sangka haba dari laptop boleh menyebabkan jumlah sperma atau air mani pasangan boleh menurut. Penting untuk kamu fahami bahawa air mani hidup dalam suhu yang sejuk dan rendah.
Jika pasangan kamu bekerja menggunakan laptop dengan meletakkan laptop di atas pusat atau berhampiran kawasan alat sulit, haba laptop tersebut mampu menjejaskan air mani secara tidak langsung. Oleh itu, elakkan menggunakan laptop dengan meletakkan di atas kawasan perut dan alat sulit.
Elakkan Kerap Kena Radiasi Wi-Fi
Radiasi daripada internet juga merupakan salah satu penyebab penurunan jumlah air mani pasangan. Ya lah apabila menggunakan laptop pastinya pasangan akan menggunakan internet untuk melakukan kerja bukan?
Kalau boleh, kurangkan penggunaan internet atau minta pasangan berehat seketika dari menggunakan internet agar radiasi tidak menjejaskan air mani dalam tubuh pasangan.
Kurangkan Pergi Sauna Atau Berendam Dalam Air Panas
Penggunaan air panas atau pergi ke sauna untuk kaum lelaki tidak digalakkan sama sekali kerana suhu yang panas tersebut akan membuatkan kuantiti air mani menurun. Seperti yang sedia maklum, air mani atau sperma dapat hidup dalam suhu yang sejuk.
Jangan Makan ‘Fast Food’, Banyakkan Sayur-Sayuran & Buah-Buahan
Pemakanan juga merupakan salah satu faktor mengapa air mani menjadi tidak sihat, elakkan atau kurangkan memakan makanan segera.
Dan banyakkan memakan sayur-sayuran berwarna seperti lobak merah, brokoli hijau, akar beet, buah-buahan yang berwarna gelap seperti beri biru, beri merah, anggur hijau dan ungu, dan banyak lagi. Ambil pemakanan yang kaya dengan antioksidan bagus untuk meningkatkan kesihatan air mani.
Jangan Malas Bersenam!
Bersenam bukan sahaja bagus untuk mencergaskan tubuh badan, malah ia juga bagus meningkatkan kualiti air mani. Sebab itu jangan ambil ringan terhadap senaman kerana ia adalah faktor penting untuk kamu dan pasangan mendapatkan zuriat yang sihat!
Jangan Minum Kafein Terlalu Banyak
Penggemar kopi harus menghadkan sedikit jumlah pengambilan dalam sehari hatta seminggu sekalipun, jika ingin air mani kekal sihat dan memudahkan untuk mendapat zuriat.
Sehari mungkin kamu boleh sarankan pasangan untuk minum dua cawan kopi dan tidak lebih dari itu, ini untuk kebaikan bersama jika inginkan berusaha untuk mendapatkan anak!
Oleh itu, jika kamu dan pasangan telah berusaha dengan pelbagai cara, mungkin kamu boleh lihat pula dari sudut penjagaan air mani dengan mengelakkan diri dengan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan air mani seperti dinyatakan di atas!
Semoga maklumat dikongsikan hari ini bermanfaat untuk kamu dan pasangan♥