Penggemar makanan manis pastinya suka dengan resepi puding soya ni, rasanya yang lembut, manis, dan berlemak ini pasti akan membuatkan diri kamu tidak mahu makan makanan lain selain puding soya ni! Foodie tegar wajib buat resepi puding soya ni di rumah, lagipun nak masak puding soya ni sangat ringkas.
Jom ikuti dua cara mudah bagaimana nak masak puding soya yang berlemak, lembut dan manis ini di bawah!
Cara Pertama Resepi Puding Soya
Bahan-bahan
- 1 liter air soya kotak (bersama gula)
- 1/2 sudu makan serbuk agar-agar
Cara memasak
- Masukkan serbuk agar-agar ke dalam cawan yang berisi dengan air susu soya, kemudian kacau sehingga sebati.
- Kemudian ambil periuk dan masukkan baki susu soya ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan
- Setelah susu soya menjadi hangat, masukkan campuran susu soya dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan gaul sehingga sebati.
- Kacau sehingga susu soya berbuih dan masak dengan api perlahan selama 1 minit lagi.
- Selesai tutup api dapur, masukkan susu soya panas tadi ke dalam bekas atau mangkuk sambil di tapis.
- Setelah itu, biarkan soya seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam atau semalaman.
- Puding soya dah siap, sedia untuk di makan!
Cara Kedua Resepi Puding Soya
Bahan-bahan
- 3 liter air
- 100 gram gula
- 1 tin atau 400ml susu pekat
- 1 pek serbuk puding buah-buahan (perisa ikut suka)
Cara memasak
- Masukkan air, gula dan susu pekat ke dalam periuk, hidupkan api dan kacau sehingga sebati.
- Apabila bahan dah mendidih, tutup api dan masukkan serbuk puding buah-buahan ke dalam periuk dan kacau selama 5 minit.
- Kemudian masukkan puding ke dalam bekas dan biarkan seketika sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan sejuk selama 2-4 jam.
- Dah siap, sedia untuk di makan!
Bonus: Kalau nak rasa lebih istimewa kamu juga boleh letak sirup manis ni di atas puding sebagai topping!
Bahan-bahan untuk topping puding
- 3/4 cawan air atau 180ml
- 1/2 cawan gula
- 1 inci halia di tumbuk
Cara buat topping puding
- Masukkan ke semua bahan-bahan ke atas kuali, masak dengan api sederhana perlahan. Kacau sehingga gula menjadi cair.
- Selepas itu, tutup api dan keluarkan halia. Biarkan sejuk seketika dan dah boleh letak di atas puding soya sebagai topping!
Ringkas dan mudah bukan cara-cara untuk membuat puding soya dan juga topping istimewa ni. Jadi apa lagi jom masak puding soya untuk minum petang ni!
Selamat mencuba♥