Beberapa bulan lepas, team Wanista ada mengeluarkan satu artikel tentang kecanggihan produk Thermomix model TM6 yang memudahkan kerja wanita di dapur.
Produk ini claim dapat melakukan pelbagai fungsi masakan seperti menggoreng, masakan stim, bercampur dan sebagainya dapat dilakukan secara serentak. Anda hanya perlu memilih dari ribuan resepi yang telah disediakan dan hanya perlu masukkan bahan-bahannya, tekan butang dan siap!
Baca : 5 Sebab Wanista Suka Produk Thermomix TM6, Menyenangkan Wanita Memasak!
Tapi beberapa hari sudah, tular pula cerita Thermomix tidaklah sebagus yang dikatakan kerana banyak kes kebakaran dan meletup berlaku ketika menggunakan alatan memasak berteknologi tinggi ini. Macam mana tu?
Thermomix Keluar Bunyi Pelik Dan Meletup
Kes berlaku pada Januari 2016, di mana seorang wanita di Perth mengalami luka terbakar tahap dua di dada, lengan dan perutnya selepas Thermomix model TM31 tiba-tiba meletup, terbuka dengan sendiri ketika dia sedang menyediakan makan malam.
Danika Jones mengatakan ketika dia sedang memasak sos pasta menggunakan mesin mewah, dan tiba-tiba penutupnya terbuka dan memercikkan cecair panas ke seluruh bahagian atas badannya. Sebelum kejadian berlaku, mesin mengeluarkan bunyi pelik dan bergetar. Kemudian Danika Jones pergi untuk mematikannya dan ketika itulah ia meletup.
Kemudian wanita itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Semasa dia sedang mendapatkan rawatan, kakitangan hospital mengatakan bahawa dia bukan pesakit pertama yang mengalami luka terbakar disebabkan oleh Thermomix TM31 ini.
Danika Jones juga mengatakan, selepas kejadian itu berlaku, dia juga telah dihubungi sekurang-kurangnya sebulan sekali oleh orang lain yang juga melecur disebabkan oleh mesin itu.
Kena Denda
Thermomix didenda sebanyak $4.6 juta kerana berbohong mengenai keselamatan produknya dan tidak memberi pembayaran balik untuk tuntutan yang dibuat. Apa-apa pun, itu kes yang telah lama berlaku untuk model TM31, yang merupakan model kontroversi Thermomix kerana dilaporkan mempunyai masalah keselamatan.
Itu merupakan model lama, keluaran terbaru masih belum ada sebarang laporan ngeri yang berlaku. Apapun di harap kita semua amalkan langkah-langkah keselamatan sebelum menggunakan sesuatu produk, supaya kejadian sebegini tidak berlaku.