Nampaknya dalam tempoh perintah berkurung dan juga perintah kawalan pergerakan di yang dijalankan di seluruh negara memberi peluang untuk ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak masing-masing.
Peluang ini di guna sehabis baik terutama buat para selebriti Hollywood yang memiliki jadual kerja yang padat sehingga tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka di rumah.
Justeru itu, dalam tempoh ini adalah masa terbaik untuk para selebriti meluangkan masa bersama anak-anak tersayang dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan di rumah. Ini adalah beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah sepanjang penularan Covid-19 ini.
#1 Eksperimen Sains
— alexisparkles (@alexisparkles) April 8, 2020
Ada di kalangan rakan selebriti Hollywood berkongsi aktiviti mereka bersama anak-anak di rumah sepanjang tempoh perintah berkurung di negara mereka. Salah satu aktiviti yang dilakukan adalah eksperimen sains yang menarik seperti di atas.
Bahan-bahan membuat eksperimen ini pula adalah air, pewarna, beg ziplock dan juga pensil yang tajam. Dengan melakukan aktiviti sains yang menarik ini pastinya anak-anak akan berasa terhibur dan ibu bapa juga teruja dengan eksperimen yang lakukan bersama.
#2 Permainan Harta Karun
Tiada apa yang menggembirakan anak-anak selain dapat bermain bersama-sama ibu bapa tercinta, dengan perhatian penuh yang mereka dapat akan menceriakan hari-hari anak-anak. Jadi apa salahnya ibu bapa warna-warnikan hari anak-anak dengan bermain mencari harta karun di dalam rumah.
Mungkin nampak cliche, tetapi percayalah anak-anak pasti sangat menyukai permainan seperti ini terutama dapat bersama ibu bapa mereka yang selalu sukar meluangkan masa bersama mereka di rumah.
#3 Band Muzikal
Yes it’s music time. Tiada apa yang menyeronokkan dengan menghasilkan alunan muzik di rumah dengan barang-barang yang ada di dapur seperti periuk, cawan, besen dan kuali. Ianya kelakar tetapi menghasilkan band muzikal menggunakan apa yang ada di rumah seperti ini menjana kreativiti anak-anak dan sekaligus menghiburkan.
Tak percaya kena cuba aktiviti ni di rumah bersama anak-anak, mana tahu tiba-tiba terserlah pula bakat anak-anak nak jadi pemuzik, kan?
#4 Kraftangan
Ajak anak-anak lakukan aktiviti seni bersama-sama di ruang tamu atau ruang belajar di dalam rumah, aktiviti seperti ini boleh membuatkan anak-anak menjadi lebih fokus dan bagus untuk minda. Dah alang-alang kamu dapat luangkan masa bersama anak-anak begini, jom get messy dengan aktiviti kraft.
#5 Membaca Buku Cerita Kegemaran
Jangan tunggu masa bedtime story baru nak bacakan buku untuk anak-anak, dengan masa yang begitu berharga sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan jom isi masa terluang dengan membacakan buku cerita kegemaran anak-anak.
Isi masa siang dengan membaca buku kegemaran anak-anak atau buku yang kamu minat bersama anak-anak, ia akan mengeratkan lagi hubungan antara kamu dan anak-anak.
#6 Imbas Semula Kenangan Keluarga
Suka tengok Demi Moore bersama ahli keluarganya mengimbas semula kenangan lama dengan melihat gambar-gambar lama bersama anak-beranak. Aktiviti seperti ini juga bagus dilakukan oleh mana-mana ibu bapa, lihat semula gambar-gambar lama bersama anak-anak sambil bercerita kenangan waktu dahulu.
Pastinya gelak ketawa akan menghiasi seisi rumah dengan menceritakan pengalaman dan perjalanan diri kamu sebagai ibu bapa kepada anak-anak kamu bersama.
#7 Mini SPA Untuk Anak-Anak
Eh, buat mini spa untuk anak-anak di rumah, apa salahnya betul tak? Tengok macam aktor Amerika Mark Wahlberg ni, steady je buat manicure untuk anak perempuan dia. Jadi tak salah kita ambil contoh aktiviti seperti ini untuk manjakan anak-anak di rumah.
Lagi pun bila masa lagi kamu nak habiskan masa berkualiti bersama anak-anak, kalau bukan sekarang. Oleh itu, aktiviti seperti mini spa ini sangat bagus dan juga menyeronokkan untuk kamu lakukan bersama anak-anak di rumah dengan menggunakan barang-barang yang sedia ada di rumah. Tak rumit pun.
Jadi bagi ibu bapa yang selalu banyak jadual kerja yang padat seperti selebriti dalam mahupun luar negara, ini lah masa yang terbaik untuk digunakan untuk menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak tersayang.
Selamat meluangkan masa bersama anak-anak♥