Pada 10 April, Jumaat Kerajaan Korea Selatan mengumumkan 91 pesakit sembuh Covid-19 disahkan positif semula. Menurut Pengarah Pusat Korea bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit menyatakan penyakit di lihat kembali aktif semula dalam diri pesakit, berbanding dijangkiti semula.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyiasat kes tersebut dan hasilnya agak mengejutkan, di mana pesakit yang telah diuji negatif (sembuh) tetapi pada beberapa hari kemudian bila diuji semula pesakit tersebut positif (penyakit kembali aktif semula).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menguji pesakit yang sembuh Covid-19 menggunakan Polymerase Chain Reaction (PCR) dan selepas beberapa kemudian pesakit tersebut diuji semula dan mendapati pesakit berkenaan disahkan positif Covid-19.
Ketahanan Sistem Imun Pesakit covid-19 Dikaji
Pengarah Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit dan Alahan, doktor Anthony Fauci percaya individu yang sembuh daripada Covid-19 dilingdungi dari dijangkiti semula virus tersebut. Ini kerana tubuh pesakit akan membentuk sistem imun yang boleh melawan coronavirus jika mereka diserang oleh virus tersebut.
Ini bermakna pesakit menjadi imun sementara terhadap virus tersebut dan berapa lama sistem imun tersebut boleh bertahan, ianya masih lagi dalam penyiasatan.
Nampaknya meski pesakit yang sembuh Covid-19 masih belum boleh diisytiharkan sebagai sembuh sepenuhnya jika perkara seperti ini berlaku. Ini kerana penyakit coronavirus gelombang kedua boleh aktif semula pada pesakit yang sembuh.
Justeru itu, pihak penyelidikan kesihatan yang pakar dan juga Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan terus memantau dan menyiasat kes ini.