Virus pandemik yang berleluasa di seluruh dunia membuatkan kerajaan dan dan pakar kesihatan dari seluruh negara bertungkus-lumus mengeluarkan guidelines yang boleh diikuti dan dipatuhi dalam menjaga kebersihan serta kesihatan diri dan keluarga.
Penularan wabak coronavirus yang boleh membawa maut ini menggusarkan hati orang ramai, kerana sehingga kini masih tiada penawar yang ditemui bagi menangani wabak maut ini. Tambahan lagi, oleh kerana kewujudan virus ini pelbagai aspek bakal berubah di masa hadapan dek kerana coronavirus ini.
Ingin tahu apakah yang bakal berubah di masa hadapan kerana coronavirus ini, baca artikel ni sampai habis.
#1 Tidak Lagi Bersalaman
Gara-gara penularan virus yang boleh menjangkiti manusia menerusi sentuhan, di masa hadapan kita mungkin tidak lagi atau kurang bersalaman dengan individu lain. Perbuatan seperti bersalaman, berpelukan dan bercium akan dikurangkan dan mungkin di larang sepanjang tempoh coronavirus.
Sebagai ganti, aktiviti tersebut digantikan dengan perbuatan seperti mengangguk kepala, atau meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat atau salam.
#2 Akan Lebih Banyak Sanitizer Di Tempat Awam
Oleh kerana vaksin masih tidak lagi ditemui, di masa akan datang akan lebih banyak sanitizer diletakkan di tempat-tempat awam. Dengan penggunaan sanitizer di beri secara percuma di tempat awam dapat membantu kita semua menjaga kebersihan dan kesihatan walau di mana sahaja kita berada.
#3 Cara Komunikasi Menjadi Lebih Baik
Dek kerana pengalaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segala urusan kerja bersama pelanggan dilakukan ketika di rumah menerusi sosial media, aplikasi dan juga mesej menerusi email atau panggilan telefon.
Dengan kebolehan yang dimiliki semasa berurusan dengan pelanggan semasa PKP, menjadikan bakat komunikasi menjadi lebih baik dan sistematik.
#4 Jadi Lebih Memahami Etika Kesihatan Awam
Jika sebelum ini kita semua kurang faham atau langsung tidak tahu tentang etika kesihatan di tempat awam, kini dek kerana penularan virus maut ini kita semua mengetahui dan belajar tentang etika kebersihan serta kesihatan di tempat awam.
Perkara ini akan menjadi aspek penting dalam diri kita semua kerana jika diabaikan, nyawa mungkin menjadi taruhannya.
#5 Pusat Pembelajaran Amalkan Penjarakkan Sosial
Di masa akan datang pusat-pusat pembelajaran seperti sekolah, universiti, kolej dan pusat tuisyen akan amalkan penjarakkan sosial. Para pelajar akan duduk secara berjarak antara satu sama yang lain dan kelas-kelas dalam talian juga akan lebih banyak di buka bagi menjaga keselamatan dan kesihatan para pelajar.
#6 Syarikat Benarkan Pekerja Bekerja Di Mana-Mana Sahaja
Menerusi pengalaman sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang penularan coronavirus, banyak syarikat menjadi lebih flesibel dalam melaksanakan urusan kerja dan itu termasuklah dengan pelaksaan kerja dari rumah.
Cara kerja sebegini berpotensi dilanjutkan selepas PKP ditamatkan di masa akan datang, syarikat mungkin akan membenarkan pekerja untuk melakukan tugas di mana sahaja mereka berada.
#7 Tidak Lagi Berkunjung Ke Tempat Ramai Orang
Kita juga berpotensi besar untuk tidak lagi mengunjungi ke tempat yang ramai orang, kerana dikhuatiri akan dijangkiti oleh virus maut ini. Tambahan lagi, tempat yang ramai orang akan membuatkan virus merebak dengan cepat dan orang ramai akan mudah terhindar dengan virus berkenaan.
#8 Kerap Membasuh Tangan
Kita akan menjadi lebih peka menjaga kebersihan diri terutamanya tangan, dengan pengalaman menghadapi coronavirus ini kita semua akan lebih kerap membasuh dan membersihkan tangan sama ada sebelum dan selepas melakukan sesuatu tugas.Dan ia akan menjadi rutin wajib kita semua di masa akan datang.
Kita bakal menghadapi perubahan di masa hadapan akibat impak penularan coronavirus dan pastinya akan lebih banyak perubahan akan dilaksanakan di masa hadapan. Apa-apapun, kita harus bijak mengikuti arus perubahan dalam kehidupan kerana tiada apa yang kekal di dunia ini dan lagi pula tidak semua perubahan tidak bagus, kan?