Dua hari lagi bulan ramadhan bakal menemui kita semua, bulan mulia yang paling di tunggu-tunggu umat Islam pada tahun ini. Tetapi sayang pada tahun ini sambutan ramadhan tidak semeriah tahun-tahun sebelum kerana penularan coronavirus.
Meskipun begitu, ia tidak mematahkan semangat umat Islam untuk menyambut bulan ramadhan dengan penuh kesyukuran. Menyentuh bulan ramadhan, salah satu topik yang paling digemari ramai pastinya menu iftar atau menu berbuka puasa.
Hotel Element Kuala Lumpur menawarkan menu iftar istimewa sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang bulan ramadhan ini nanti. Ini antara menu iftar lazat yang boleh kamu bawa pulang ‘takeaway’ dalam bulan ramadhan.
Set 1 RM 25
Pembuka Selera
- Ulam-ulaman dan sambal belacan
- Kerabu mangga bersama ikan bilis (menu signature)
- Kurma, papadom dan keropok ikan
Santapan Utama
- Nasi putih
- Ayam goreng berempah
- Daging bakar air asam dan cili kicap (menu signature)
- Sayur goreng campur
- Telur goreng cincaluk
Pemanis Mulut
- Puding dan buah-buahan tempatan
Set 2 RM 35
Pembuka Selera
- Ulam-ulaman, ikan masin dan sambal hijau
- Kerabu lautan bersama soo hoon (menu signature)
- Kurma, papadom dan keropok ikan
Santapan Utama
- Nasi putih
- Ayam golek berempah (menu signature)
- Daging salai masak lemak cili api
- Ikan bakar air asam dan cili kicap
- Sayur Goreng Campur
Pemanis Mulut
- Puding gula hangus dan buah-buahan tempatan
Set 3 RM45
Pembuka Selera
- Ulam-ulaman, ikan masin, telur asin dan sambal belacan
- Kerabu mangga bersama ikan bili (menu signature)
- Kurma, papadom dan keropok ikan
Santapan Utama
- Nasi putih
- Ayam masak merah (menu signature)
- Daging masak hitam
- Ikan goreng berempah
- Kobis tumis jintan
Pemanis Mulut
- Pandan tiramisu dan buah-buahan tempatan
Ketiga-tiga set ini merupakan set untuk seorang makan, pastinya menu istimewa iftar sepanjang bulan ramadhan ini akan membuatkan kamu semua kecur liur dengan aneka menu pilihan oleh Hotel Element Kuala Lumpur ini.
Selain tiga set utama ini, terdapat menu ala-carte serta menu tempatan lain disediakan sepanjang bulan ramadhan nanti.
Untuk membuat tempahan kamu perlu memesan dua hari awal untuk membuat pesanan makanan. Menu iftar ini boleh mula di tempah bermula pada 27 April 2020 hingga 25 Mei 2020.
Minima pesanan adalah sebanyak dua pesanan makanan, dari segi penghantaran pula jarak dalam lingkungan 5km percuma penghantaran dengan pembelian makanan sebanyak RM80.
Manakala penghantaran biasa akan dikenakan sebanyak RM20 dengan pesanan makanan berharga RM80 ke bawah. Penghantaran akan di buat pada 2 petang hingga 7 petang.
Untuk membuat pesanan
- Hubungi TRACE: 03-2771 3355 atau
- WhatsApp: +6010-267 0338 atau
- Email: TraceRB.ElementKL@ElementHotels.com
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu iftar istimewa dari Hotel Element Kuala Lumpur sepanjang bulan ramadhan ini nanti.