Takutkan lihat rupanya yang ditutupi tatu. Kalau sedikit boleh dipertimbangkan tapi ini dari kepala sampai ke kaki, penuh, gerun sangat.
Dilaporkan wanita yang merupakan model Instagram (@ambs_luke) membelanjakan £20,000 (>RM90K) untuk tatu telah mendedahkan bagaimana penampilannya sebelum dia mula mencacah tatu sehingga penuh satu badan.
Amber Luke mula dikenali di media sosial kerana penampilannya yang berani bertatu, setelah menghabiskan banyak tahun untuk mengubah diri.
Rupa Asal Tanpa Tatu
Satu ketika, seorang follower bertanya kepada Amber bagaimana rupanya sebelum bertatu. Situasi itu mendorong Amber berkongsi foto dirinya, di mana dia mengenakan dress labuh biru muda yang cantik manis. Yang pasti dia kelihatan jauh berbeza dan sihat, sangat lain dengan dirinya yang sekarang.
Ironinya Amber yang berasal dari New South Wales Central Coast, Australia telah menukar rambut dan mata dengan warna dress tersebut. Prosedur mewarnakan mata membuatnya buta hampir sebulan.
Bersama dengan beratus-ratus tatu, Amber telah mengubah suai tubuhnya dengan beberapa cara lain, termasuk menindik, pembedahan payu dara, tongue split, filler bibir dan pipi.
Menurut The Daily Star, dia kini menghabiskan lebih dari £20,000 untuk penampilannya yang melampau.
Bila ditanya penerimaan orang sekeliling terhadap penampilan, Amber kata ada yang memberi kata positif, dan ada juga beberapa mengeluarkan kata-kata nasty. Tapi dia langsung tidak mengambil peduli malah bahagia dengan perubahan sebegini.