Eh, sejak bila pula gigi aku ada kerak-kerak kuning ni, dah gosok pun susah nak hilang macam mana ni?
Tahu tak semua ini berlaku kerana sikap malas kamu memberus gigi, almaklum sejak duduk di rumah masa Perintah Kawalan Pergerakan ni pastinya dapur sentiasa panas dan pelbagai hidang telah dirasai. Jadi macam mana gigi kamu tidak ditumbuhi plak dan lalu menjadi tartar gigi yang keras.
Apa itu Tartar Gigi
Tartar gigi atau kalkulus merupakan plak gigi yang telah mengeras, ianya terjadi kerana lapisan bakeria yang melekit dan tidak berwarna terbentuk di permukaan gigi.
Tartar gigi ini terkumpul di permukaan gigi dan mengeras, biasanya tartar gigi ini bukan saja berada di permukaan gigi, ia juga boleh berada di lidah, gigi palsu, sekitaran tampalan gigi, korona dan celah-celah gigi.
Kesan Terhadap Kesihatan Jika Tartar Gigi Tidak Dibersihkan
Jangan ambil ringan terhadap pembentukan tartar gigi kerana ia boleh menjejaskan kesihatan diri kamu sendiri. Antara masalah kesihatan yang bakal kamu hadapi jika tidak membersihkan tartar gigi ini adalah:
- Penyakit gusi
- Kerosakan gigi (karies gigi)
- Masalah nafas berbau (halitosis)
Hilangkan Tartar Gigi Dengan 3 Kaedah
Masalah tartar gigi yang telah mengeras sebenarnya tidak sukar untuk dibersihkan, apa yang kamu perlukan adalah bahan-bahan yang betul dengan cara yang betul. Ikuti cara-caranya di bawah.
#1 Serbuk Penaik Dan Garam
Untuk pengetahuan kamu semua serbuk penaik memberi kesan sebagai antibakteria dan dalam masa yang sama ia juga boleh memutihkan gigi.
Caranya
- Ambil satu sudu serbuk penaik dan secubit garam
- Kemudian gaul rata kedua-dua bahan ini dan taburkan serbuk ini ke atas berus gigi atau di atas ubat gigi.
- Lakukan kaedah ini seminggu sekali sahaja.
#2 Kulit Buah Oren
Jika kamu kupas buah oren jangan di buang kulitnya, kerana kulit buah oren boleh digunakan bagi menanggalkan tartar gigi kamu yang keras tu.
Caranya
- Kupas kulit buah oren, ambil kulit buah kemudian gosok gigi menggunakan kulit buah oren selama 2-3 minit dan biarkan seketika.
- Kamu juga boleh jadikan kulit buah oren menjadi pes dengan mengisar kulit buah oren sehingga hancur menjadi pes dan kemudian sapukan pada permukaan gigi.
- Kemudian basuh mulut dengan menggunakan air suam.
- Ulang kaedah ini 3-4 kali seminggu.
#3 Jus Buah Lemon
Asid yang terkandung dalam buah lemon mampu menanggalkan kerak-kerak keras tartar gigi, dengan cara ini bukan saja tartar gigi akan hilang malah gigi juga menjadi putih dan kuat.
Caranya
- Perah buah lemon sehingga menjadi jus ke dalam cawan.
- Kemudian ambil berus gigi dan rendam berus gigi ke dalam cawan berisi jus buah lemon. Dan biarkan seketika,
- Setelah itu, gosok gigi menggunakan berus gigi yang telah di celup dengan jus lemon. Selesai gosok gigi, biarkan gigi selama satu minit sebelum bilas dengan air.
- Ulang kaedah ini tiga kali seminggu dan tartar akan hilang.
Jadi apa tunggu lagi, jom hilangkan plak gigi yang keras (tartar gigi) dengan tiga kaedah di atas. Lepas ni jangan malas gosok gigi sehingga plak gigi berkumpul dan mengeras.
Selamat mencuba♥