Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Menu Ramadan McDonald’s Malaysia Serius Sangat Menyelerakan!

by Malisa Aina
April 23, 2020
McDonald's and 100Plus Drinks Collaboration Launch at Kuala Lumpur

McDonald's and 100Plus Drinks Collaboration Launch at Kuala Lumpur

26
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pejam celik pejam celik, tiba kita lagi di bulan penuh mulia Ramadan. McDonald’s Malaysia tampil dengan Menu Ramadan yang penuh istimewa dan menyelerakan.

Sepanjang bulan, pelanggan boleh menikmati variasi seperti Foldover Ikan Rangup – dengan kepingan ikan rangup keemasan yang lengkap dengan salad, tomato, dan hirisan bawang merah segar bersama sos istimewa yang dibaluti roti nipis hangat, dihidangkan bersama Kentang Goreng dan Teh Ais Limau. Foldover Ayam Gril lazat yang sentiasa menjadi kegemaran ramai turut diperkenalkan semula.

Foto – McDonald’s

Penggemar Ayam Goreng McD juga boleh menikmati hidangan itu dengan cara baharu, iaitu bersama Sos Cili Manis enak yang akan memberikan mereka rasa yang lebih mengagumkan. Nasi Lemak McD yang sentiasa menjadi kegemaran ramai bakal melengkapkan lagi hidangan Ramadan, bukan sahaja kepada yang berpuasa, tetapi juga setiap rakyat Malaysia.

Apa Jadi Akan Jadi Pada Diri Bila Setiap Hari Asyik Makan McDonald’s?

October 21, 2020
Foto - Arkib Wanista

4 Rahsia Kenapa Air Coca-Cola McDonald’s Sangat Sedap

April 27, 2020

Pelanggan juga boleh berbuka puasa dengan menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut dan kopi McDonald’s pada bulan Ramadan ini. Pai Coklat Pisang merupakan pencuci mulut terbaharu, yang menggabungkan inti coklat dan pisang enak dalam kulit pai coklat yang rangup.

IKLAN

Foto – McDonald’s

Penggemar kopi tidak akan kecewa, kerana McCafe akan memperkenalkan minuman Kurma baharu dengan ekstrak Kurma sebenar, yang sangat sesuai untuk dinikmati sepanjang bulan Ramadan iaitu Kurma Ais, Kurma Latte Ais, dan Susu Kurma Ais.

Pesanan bungkus untuk semua menu ini boleh dibuat di restoran-restoran McDonald’s terpilih, dan menerusi perkhidmatan Pandu-Lalu serta McDelivery.

Foto – McDonald’s

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Tags: bulan puasabulan ramadanmcdonaldsmcdonalds malaysiaMenu Ramadan McDonald’sRamadanRamadan McDonald’s
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.