Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham merupakan figura penting dan sering dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Melihat kemunculannya di kaca televisyen setiap hari sambil memberi pengumuman tentang jumlah kes Covid-19 sudah menjadi rutin rakyat Malaysia.
Rata-rata rakyat sangat mengagumi insan hebat ini dalam menangani cabaran semasa penularan Covid-19 di negara kita. Jom kenali dengan lebih dekat siapa sebenarnya tokoh hebat negara ini.
Merupakan Seorang Cina Muslim
Doktor Noor Hisham berasal daripada keluarga Cina yang menetap di Flat San Peng, Jalan Loke Yew. Beliau di ambil menjadi anak angkat oleh Allahyarham Ustaz Nik Mahyuddin, dan kemudian menjadi menantu beliau.
Doktor Noor Hisham di ambil menjadi angkat ketika dirinya berada di tingkatan satu dan pada tingkatan empat Doktor Noor Hisham berpindah ke Kolej Islam Klang bagi mengikuti pengajian selanjutnya di sana.
Berbakti Dalam Bidang Perubatan Selama 32 Tahun
Doktor Noor Hisham telah berkhidmat dalam bidang perubatan semenjak tahun 1988 dan masih terus berkhidmat sehingga hari ini tahun 2020. Doktor Noor Hisham telah menempuh pelbagai pengalaman sepanjang bertugas di dalam bidang perkhidmatan awam ini.
Apatah lagi diri beliau memegang mandat sebagai Ketua Pengarah Kesihatan selama lapan tahun sejak dilantik menjadi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 1 Mac 2013.
Apa yang pastinya ianya bukan satu tugas yang mudah memegang amanat dan tanggungjawab yang besar ini selama bertahun-tahun, dan tahun kelapan ini menjadi ujian dan cabaran terbesar buat Doktor Noor Hisham sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Bukan Biasa-Biasa Anugerah Yang Di Pegangnya
Melihat sikapnya yang merendah diri tatkala memberi pengumuman dan ketika menjawab soalan dari para wartawan, siapa sangka di sebalik senyuman lembut ini memiliki kebolehan dan sijil penghargaan yang cukup hebat dan memukau!
- 5 Jun 2004 – Kesatria Mangku Negara (K.M.N)
- 2 Jun 2007 – Panglima Jasa Negara (P.J.N)
- 17 Mei 2010 – Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P)
- 17 Mei 2013 – Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P)
- 26 Ogos 2013 – Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N)
- 5 April 2014 – Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)
- Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004, JKWPKL
- Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000, HKL
Punya Pengalaman Luar Biasa Sepanjang Bergelar Doktor
Doktor Noor Hisham memiliki banyak pengalaman berharga dan hebat-hebat belaka, beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang pembedahan dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sepanjang bertugas terlalu banyak pengalaman berharga yang pernah beliau kecapi, nak tahun apakah pengalam luar biasa tersebut, jom lihat di bawah.
- Merupakan Ketua Pengarah Kesihatan selama 8 tahun
- Pernah menjadi Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya
- Pernah menjadi Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin, Jabatan Pembedahan Hospital Kuala Lumpur
- Pernah terlibat dalam 23rd Japanese Association of Endocrine Surgeneons Lecture, Tokyo Japan
- Pernah terlibat dalam 13th Congress of Asian Association of Endocrine Surge Plenary Lecture, Singapore
- Pernah terlibat dalam Goatcher Surgeon in Residence 2013, Royal Perth Hospital
Miliki Sikap Merendah Diri & Setia Kawan Yang Jitu
Keperibadian yang bersikap merendah diri dapat di lihat ketika menjawab bual bicara wartawan mengenai gelaran ‘Wira Negara’ yang diberikan oleh rakyat Malaysia di laman media sosial.
Beliau dengan tenang dan rendah diri menjawab, padanya apa yang penting bukanlah gelaran ‘Wira Negara’ tetapi perkhidmatan Kementerian Kesihatan kepada negara.
Sudahlah bersikap merendah diri, dirnya juga tidak pernah lupa rakan-rakan dan sahabat handai yang bersama-sama berganding bahu dalam menangani penularan virus. Doktor Noor Hisham menobatkan sahabat-sahabatnya itu merupakan panglima yang sentiasa ada di sisi tatkala bersama-sama menghadapi saat-saat getir ini.
Diikhtiraf Antara 3 Doktor Terbaik Dunia
Doktor Noor Hisham yang merupakan salah seorang tokoh di dalam bidang perubatan ini telah di nobat dan mendapat pengikhtirafan daripada China Global TV sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dalam mengendalikan penularan Covid-19 di Malaysia.
Penghargaan luar biasa ini tidak membuatkan Doktor Noor Hisham alpa sebaliknya menganggap penghargaan tersebut adalah untuk negara, kerana ianya adalah hasil usaha keras semua pihak.
Berusia 57 Tahun, Masih Kuat Berbakti Kepada Negara
Tahun ini merupakan tahun bermakna buat Datuk Doktor Noor Hisham kerana dirinya telah mencecah 57 tahun pada 21 April baru-baru ini. Menurut beliau, tahun ini cukup bermakna dengan tulusan doa dan ucapan dari rakyat Malaysia buat dirinya di laman sosial miliknya.
Meski dirinya telah berusia 57 tahun pada tahun ini, dirinya akan memberi sehabis baik dalam bidang perubatan dan cuba sebaik mungkin bagi mengekang penularan Covid-19 di Malaysia. Serius tabik pada Doktor Noor Hisham ni!