Tak boleh nak makan makanan berat ketika sahur? Cuba resepi ‘overnight oats’ ni, InsyaAllah berselera masa sahur nanti.
Resepi ‘overnight oats’ yang mudah untuk kamu lakukan sebagai idea menu sahur sepanjang bulan ramadhan ini, oat bukan saja menyihatkan malah ia juga dapat membuatkan kamu berasa kenyang sepanjang hari.
Oleh itu oat menu terbaik buat diri kamu yang tidak ingin makan makanan berat ketika sahur pada bulan puasa ini.
Jom kita lihat lima menu oat yang ringkas dan mudah untuk kamu cuba di rumah di bawah.
Resepi Oat Beri Biru
Bahan-bahan
- 1/2 cawan atau 45 gram oat
- 1 sudu makan chia seeds
- 1/2 cawan atau 45 gram buah beri biru
- Garam
- 1/4 atau 70 gram yogurt greek atau yogurt biasa
- 2 sudu teh sirap maple
- 1/2 cawan atau 120ml susu almond atau susu kegemaran (ikut suka)
- Secubit kacang almond hancur kasar dan beberapa biji buah beri biru sebagai topping
Cara membuatnya
- Masukkan oat, secubit garam, buah beri biru, chia seeds, susu almond, sirap maple dan yogurt ke dalam mangkuk.
- Kemudian kacau bahan-bahan sehingga sebati.
- Setelah bahan-bahan diadun sebati, masukkan bancuhan oat ke dalam cawan.
- Simpan dan sejukkan oat di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
- Tiba untuk sahur, keluarkan oat dari peti sejuk dan tabur kacang almond hancur dan buah beri biru ke atas oat.
- Sedia untuk di makan semasa sahur.
Resepi Oat Coklat Dan Pisang
Bahan-bahan
- 1/2 cawan atau 45 gram oat
- 1 sudu makan chia seeds
- 1 sudu makan serbuk koko
- Garam
- 1/4 cawan atau 70 gram yogurt greek atau yogurt biasa
- 2 sudu teh sirap maple
- 1/2 cawan atau 120ml susu almond atau mana-mana jenis susu (ikut suka)
- 1/2 buah pisang
- Secubit serbuk koko dan beberapa potong buah pisang sebagai topping
Cara membuatnya
- Masukkan oat, secubit garam, chia seeds, serbuk koko, buah pisang, susu almond, sirap maple dan
- yogurt ke dalam mangkuk.
- Kemudian kacau bahan-bahan sehingga sebati.
- Setelah bahan-bahan diadun sebati, masukkan bancuhan oat ke dalam cawan.
- Simpan dan sejukkan oat di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
- Tiba untuk sahur, keluarkan oat dari peti sejuk dan tabur serbuk koko dan buah pisang ke atas oat.
- Sedia untuk di makan semasa sahur
Resepi Oat Buah Epal
Bahan-bahan
- 1/2 cawan atau 45 gram oat
- 1 sudu makan chia seeds
- Garam
- 1/4 cawan atau 70 gram yogurt
- 1/2 cawan atau 120ml susu almond atau mana-mana jenis susu (ikut suka)
- 1/2 buah epal di parut atau potong dadu (ikut suka)
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
- 2 sudu teh sirap maple atau madu (ikut suka jenis sirap atau guna mana yang ada di dapur)
- Kacang walnuts yang di potong hancur (ikut suka nak kacang hancur kasar pun boleh) sebagai topping
Cara membuatnya
- Masukkan oat, secubit garam, chia seeds, serbuk kayu manis, buah epal parut atau epal di potong dadu, susu almond, sirap maple atau madu dan yogurt ke dalam mangkuk.
- Kemudian kacau bahan-bahan sehingga sebati.
- Setelah bahan-bahan diadun sebati, masukkan bancuhan oat ke dalam cawan.
- Simpan dan sejukkan oat di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
- Tiba untuk sahur, keluarkan oat dari peti sejuk dan tabur kacang walnuts hancur ke atas oat.
- Sedia untuk di makan semasa sahur.
Resepi Oat Mentega Kacang Dan Jeli
Bahan-bahan
- 1/2 cawan atau 45 gram oat
- 1 sudu makan chia seeds
- Garam
- 1/4 cawan atau 70 gram yogurt
- 1/2 cawan atau 120ml susu almond atau mana-mana jenis susu (ikut suka)
- 2 sudu makan mentega kacang
- 2 sudu makan jem buah-buahan
- Secubit kacang hancur dan mentega kacang sebagai topping
Cara membuatnya
- Masukkan oat, secubit garam, chia seeds, susu almond, mentega kacang, jem buah-buahan dan yogurt ke dalam mangkuk.
- Kemudian kacau bahan-bahan sehingga sebati.
- Setelah bahan-bahan diadun sebati, masukkan bancuhan oat ke dalam cawan.
- Simpan dan sejukkan oat di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
- Tiba untuk sahur, keluarkan oat dari peti sejuk dan tabur kacang hancur dan mentega kacang ke atas oat.
- Sedia untuk di makan semasa sahur.
Resepi Oat Pina Colada
Bahan-bahan
- 1/2 cawan atau 45 gram oat
- 1 sudu makan chia seeds
- 60 gram buah nenas di potong dadu
- Garam
- 1/4 cawan atau 70 gram yogurt
- 2 sudu teh sirap maple atau madu
- 1/2 cawan atau 120ml susu kelapa atau mana-mana jenis susu (ikut suka)
- 1 sudu makan kelapa parut
- 1/2 sudu teh ekstrak vanila
- Secubit kelapa parut dan beberapa buah nenas di potong dadu sebagai topping
Cara membuatnya
- Masukkan oat, secubit garam, chia seeds, susu kelapa, buah nenas, sirap maple atau madu, kelapa parut, ekstrak vanila dan yogurt ke dalam mangkuk.
- Kemudian kacau bahan-bahan sehingga sebati.
- Setelah bahan-bahan diadun sebati, masukkan bancuhan oat ke dalam cawan.
- Simpan dan sejukkan oat di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
- Tiba untuk sahur, keluarkan oat dari peti sejuk dan tabur kelapa parut dan beberapa buah nenas ke atas oat.
- Sedia untuk di makan semasa sahur.
Selamat mencuba ‘overnight oats’ sebagai menu sahur kamu di rumah ketika bulan puasa ini.