Meski bulan ramadhan di sambut dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi ia bukan menjadi penghalang buat sesetengah individu yang ingin berjuang dan berjihad dalam berkongsi ilmu agama dengan menggunakan platform sosial media.
Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa merupakan salah satu individu yang turut serta berjuang dalam bulan ramadhan ini dengan membuka telegram kumpulan bagi berkongsi ilmu agama, tips dan rutin harian sepanjang dalam bulan ramadhan kepada orang ramai.
Tindakan murni Neelofa ini memberi inspirasi dan motivasi kepada kita semua untuk menyambut bulan ramadhan dengan penuh kreatif dan bermanfaat menerusi telegram yang di buka umum ini.
Berikut beberapa informasi yang Neelofa kongsikan di dalam telegram ramadhan ini.
Tips Tak Nak Menguap Semasa Qiam
Neelofa kongsikan tips bagaimana untuk tidak banyak menguap semasa qiam dan waktu sahur. Bangun awal pagi untuk bersahur mahupun menunaikan ibadah solat pasti akan membuatkan mulut tidak berhenti menguap, nah Neelofa kongsikan cara untuk tak menguap sejuta kali dengan cara mandi sambil basahkan rambut.
Faham Dan Hafal Makna Dalam Solat
Berapa ramai diantara kita semua yang faham dan hafal makna dalam solat? Untuk mesej pesanan ilmu yang pertama, Neelofa fokuskan dengan perkongsian mengenai makna dalam solat dan menganjurkan pengikut telegramnya untuk fahamkan makna dalam solat dan menghafal makna dalam solat.
Perkongsian ini cukup menarik kerana tidak ramai yang menyentuh aspek faham dan hafal makna dalam solat, meskipun sembahyang bertahun-tahun.
Kongsi Cara Kreatif Hafal Doa
Neelofa sangat terkenal dengan cara serta idea kreatif ketika melakukan sesuatu perkara, begitu juga apabila ingin menghafal doa dengan lancar Neelofa berkongsi cara kreatif untuk menghafal doa mahupun bacaan dalam solat. Cara kreatif yang dikongsikan oleh Neelofa seperti dalam gambar di bawah ini sangat menarik.
Konsep permainan seperti ini pasti membuatkan sesiapa saja ingin menghafal doa pasti boleh menghafal dan mengingat doa-doa dengan mudah.
Banyak Berkongsi Kompilasi Doa & Video Agama
Neelofa juga banyak berkongsi kompilasi doa-doa untuk diamalkan kepada pengikut telegramnya, bukan itu sahaja video-video ceramah dan video doa juga dikongsikan bersama di dalam telegram kumpulan yang dibukanya itu.
Kongsi Resepi Sahur Yang Sihat Dan Mengenyangkan
Selain tips, doa, video ceramah, audio ilmu agama dan mesej-mesej ilmuan lain, Neelofa juga turut berkongsi resepi di dalam telegram tersebut. Resepi-resepi yang dikongsikan oleh Neelofa bukan saja menyihatkan malah ia juga membekalkan rasa kenyang sepanjang hari.
Banyak perkongsian-perkongsian menarik yang Neelofa kongsikan di dalam telegram kumpulan yang dibukanya, bagi yang berminat untuk mengikuti dan ingin mendapat tips serta doa-doa yang dikongsikan oleh Neelofa, sertai telegram kumpulan Neelofa.
Caranya:
- Buka aplikasi telegram
- Taip ‘Neelofa’ di bahagian carian
- Dan tap ‘join’ untuk memasuki kumpulan telegram Neelofa
- Atau klik link [SINI] untuk terus akses masuk telegram Neelofa
Neelofa antara tokoh wanita yang banyak memberi inspirasi kepada orang lain, dan perkongsian ilmu yang dibuat menerusi platform sosial media telegram adalah alternatif terbaik dalam menyalurkan sesuatu ilmu kepada orang ramai. Serius tabik Neelofa♥