Akibat penularan wabak coronavirus yang terjadi di seluruh dunia, rakyat berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli bekalan makanan dan minuman untuk dijadikan simpanan.
Tetapi apa yang menghairankan adalah dalam banyak-banyak makanan dan minuman yang habis diserbu oleh orang ramai, cuma air minuman jenama Dasani sahaja tidak disentuh.
Seolah-olah, orang ramai tak nampak pun air botol jenama Dasani di rak. Tambahan lagi, semasa pembelian panik berlaku di seluruh negara boleh dikatakan semua barang makanan dan minuman di pasaraya ‘licin’ dan ‘kosong’ gara-gara disapu oleh pelanggan yang datang membuat pembelian panik.
Dan apabila pekerja ingin restock semula barang, dilihat air minuman jenama Dasani sahaja masih kekal di rak. Apa yang membuatkan orang ramai elak untuk minum air jenama Dasani ni?
Garam Antara Bahan Dalam Air Dasani
Air Dasani ini dihasilkan dengan campuran garam yang boleh menyebabkan orang yang meminum air tersebut kerap berasa haus. Sebab itu, kalau perasan label maklumat bahan pada air botol Dasani tertera perkataan garam pada maklumat tersebut.
Kalau air mineral yang sebenar, maklumat pada label botol tersebut akan tertera ‘sumber air semula jadi’ atau ‘sumber semula jadi’. Jadi lepas ni nak beli air mineral, kena tengok dulu label maklumat pada air botol tu dan jangan main beli.
Sumber Mineral Hasil Dari Makmal
Untuk makluman semua air Dasani ini sebenarnya adalah air dari makmal, apa yang menyebabkan ia merupakan air dari makmal adalah sumber bahan mineral yang terdapat di dalam air Dasani dihasilkan dari makmal kajian.
Oleh sebab itu rasanya lain dari air mineral yang lain kerana perubahan mineral yang dihasilkan dari makmal menyebabkan rasa air jadi lain.
Rasa Air Yang Tak Sedap
Dengan campuran bahan mineral yang dihasilkan dimakmal, membuatkan air tersebut menjadi pelik dan tidak sedap.
Sesiapa yang biasa minum air mineral pasti tahu perbezaannya dan rasa air Dasani membuatkan orang ramai tidak mahu membeli air minuman tersebut. Ya lah siapa yang mahu menghabiskan wang pada air minuman sebegitu bukan?
Penting: Sebaik-baiknya minum air yang dimasak di rumah, ia bukan saja dapat menjimatkan duit tatkala saat penularan seperti ini. Malah air tersebut lebih bersih dan selamat untuk diminum.
Apa-apapun dalam saat sebegini sebaiknya jaga pemakanan dan minuman dengan menggunakan sumber bahan yang kamu tahu dan pasti. Ianya lebih selamat dan meyakinkan daripada kamu habiskan wang membeli sesuatu yang tidak sepatutnya.
Selamat beramal!