Korang minat makan makanan Korea, terutama kimchi jjigae? Hah, penulis ada resepi terbaik untuk dikongsikan bersama korang semua. Bukan saja cara masaknya mudah malah bahan-bahannya juga ringkas dan tak sukar untuk di cari.
Yang memang kaki makanan Korea wajib cuba resepi kimchi jjigae sebab memang lain dari yang lain, tak percaya kena cuba!
Bahan-bahan
- 1 pek kimchi (potong-potong)
- 4 sudu makan Gochujang
- 2 ketul dada ayam (potong dadu atau hiris secara lebar)
- 2 sudu teh gula
- 1/2 sudu garam
- 2 sudu teh serbuk cili
- 1/2 kiub pati ikan bilis
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 biji bawang Holland (hiris besar-besar)
- 7 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 2 batang daun bawang (satu batang daun bawang potong serong dan satu lagi potong kecil-kecil)
Cara masak beras Jepun
- Masukkan satu cawan beras Jepun ke dalam periuk nasi.
- Bilas beras Jepun sehingga bersih.
- Kemudian masukkan satu cawan air dan tanak nasi sehingga masak.
Cara masak kimchi jjigae
- Mula-mula masukkan minyak masak ke dalam periuk kemudian tumis bawang putih sehingga kuning keemasan.
- Selepas itu masukan pes gochujang dan ayam ke dalam periuk, gaul rata.
- Kemudian masukkan kimchi, bawang holland, daun bawang yang dipotong serong, masukkan air (sukatan air ikut citarasa), minyak bijan, gula, garam, serbuk cili dan kiub pati ikan bilis ke dalam masakan.
- Gaul bahan-bahan sehingga sebati dan kemudian ambil penutup periuk dan tutup periuk. Biarkan masakan masak sendiri dengan api sederhana perlahan.
- Masakan dah empuk dan masak, tutup api dapur.
- Hidangkan kimchi jjigae ke dalam mangkuk bersama daun bawang.
- Jangan lupa nasi Jepun kita, hidangkan sekali bersama-sama kimchi jjigae.
So, lepas ni korang boleh la cuba masak resepi kimchi jjigae ni di rumah untuk berbuka. Bukan saja bahan-bahannya mudah dan ringkas, malah cara masaknya juga sangat cepat.