Periuk jenama Le Creuset sekarang ini menjadi pilihan ramai terutama golongan ibu-ibu, tetapi apa yang membuatkan para ibu-ibu ini sangat meminati periuk dari Le Creuset ni? Sudahlah harganya mahal, tak rasa membazir ke beli periuk yang berharga ribu riban macam ni?
Biasa produk yang berharga mahal macam periuk jenama Le Creuset ni mempunyai keistimewaan yang tersendiri, dan pastinya keistimewaan itu yang membuatkan golongan ibu-ibu di Malaysia sanggup berhabisan untuk membelinya.
Jom kita lihat apa yang hebat sangat dengan periuk Le Creuset ni di bawah.
Cast Iron
Periuk jenama Le Creuset merupakan nama yang sangat terkenal di Perancis sejak tahun 1925 lagi. Apa yang menarik tentang periuk Le Creuset yang menjadi kegilaan ramai wanita di Malaysia adalah kerana periuk ini diperbuat daripada batu iron yang tahan dan kuat.
Tambahan lagi, untuk membuat periuk ini ia memerlukan 15 orang artisan untuk menyelia pembuatan periuk ini dengan menggunakan tangan mereka sendiri.
Penyebaran Haba Yang Sekata
Periuk Le Creuset ini juga membuatkan masakan masak dengan sekata kerana penyebaran haba di dalam periuk tersebar dengan sekata pada masakan. Ianya merupakan salah satu aspek penting bagi wanita ketika memasak.
Tambahan lagi, ketebalan periuk Le Creuset telah direka khas agar haba dapat tersebar dengan rata pada masakan dan sekaligus menjadikan rasa pada masakan kekal serta menjadi lebih sedap.
Penutup Periuk Memerangkap Wap & Haba
Bagi wanita apabila hendak memasak bukan periuk sahaja penting, malah penutup periuk juga penting memainkan peranan agar makanan yang hendak disediakan menjadi. Begitulah konsep yang Le Creuset gunakan, penutup periuk Le Creuset juga direka khas bagi menghasilkan makanan idaman setiap wanita.
Penutup periuk Le Creuset direka khas untuk memerangkap wap dan haba di dalam periuk dengan berkesan. Biasanya apabila wap dan haba terkumpul di dalam masakan, ia akan menyebabkan penutup periuk terangkat lalu wap dan haba tersekeluar dan menjadikan makanan tidak masak dengan sekata.
Tetapi dengan penutup periuk Le Creuset ini, ia bukan saja dapat memerangkap wap dan haba dengan baik, malah membuatkan wap dan haba sebagai pembantu menjadikan makanan di masak dengan baik dan sekata.
Warna Periuk Yang Berkualiti & Tahan Lama
Untuk makluman periuk Le Creuset ini sangat terkenal dengan kualiti dan daya ketahanan yang kukuh sepanjang periuk ini muncul dalam industri perkakasan dapur semenjak tahun 1925 di Perancis. Daya ketahanannya dan kualiti pada warna periuk dijamin tahan lama dan kekal utuh meski dah bertahun-tahun digunakan.
Yang paling best adalah periuk ini juga tahan karat dan tidak luntur, ia menggunakan rekaan jurutera terbaik Le Creuset.
Jadi tidak hairanlah periuk ini menjadi pilihan ramai wanita Malaysia, ya lah siapa yang tidak suka produk yang tahan lama terutama barang mahal kan? Bak kata orang dulu-dulu “alah membeli, menang memakai”, tak gitu?
5 Produk Le Creuset Yang Ideal & Menarik
Di bawah jenama Le Creuset ni terdapat lima jenis periuk yang dihasilkan dengan menggunakan ‘cast iron’ atau batu iron. Ia antara koleksi periuk-periuk yang popular dan paling diminati ramai kerana fungsi perkakas, warnanya yang menarik dan juga memiliki reka bentuk yang menarik.
Antara lima produk Le Creuset popular
- French Ovens & Casseroles
- Marmite
- Grills
- Skillet
- Tagine
Warna-Warni Periuk Le Creuset Yang Mengancam
Salah satu aspek penting kenapa periuk ini sangat popular dikalangan wanita adalah kerana pilihan warna periuk yang pelbagai dan menarik. Warna-warna yang ditayangkan oleh Le Creuset ini sudah cukup membuatkan mata para wanita di Malaysia terpukau!
Harga Mahal Setanding Dengan Kualitinya
Harga periuk Le Creuset ini bergantung pada saiz dan jenis periuk yang terdapat di pasaran. Ini antara harga-harga periuk Le Creuset yang dijual secara dalam talian di Shopee.
- Periuk Le Creuset Oval French Oven 31cm RM 2850.00 [BELI]
- Periuk Le Creuset Stir-Fry Marmite 32cm RM 2700.00 [BELI]
- Periuk Le Creuset Round French Oven 28cm RM 2550.00 [BELI]
- Periuk Le Creuset Buffet Casserole 30cm RM 2400.00 [BELI]
- Periuk Le Creuset Signature Oblong Casserole 31cm RM 2337.50 [BELI]
- Periuk Le Creuset Round French Oven 26cm RM 2250.00 [BELI]
- Periuk Le Creuset Stainless Steel Knob 26cm RM 2200.00 [BELI]
- Periuk Le Creuset Buffet Casserole 26cm RM2050.00 [BELI]
- Periuk Le Creuset Stir-Fry Marmite 28cm RM 2040.00 [BELI]
- Periuk Le Creuset Signature Oval French Oven 29cm RM1997.50 [BELI]
Tips Penjagaan Periuk Le Creuset
Bagi yang bakal membeli periuk Le Creuset ni, penting untuk kamu ketahui cara penjagaan dan kebersihan periuk Le Creuset ini. Kamu tidak boleh ambil ringan tentang penjagaan dan kebersihan periuk Le Creuset ni, ya lah dah beli mahal-mahal tak kan nak jaga cincai je kan?
Ingin mengetahui mengenai periuk Le Creuset dengan lebih lanjut, layari laman sesawang Le Creuset [SINI] dan akaun Facebook Le Creuset [SINI] untuk maklumat tentang periuk Le Creuset.