Mamonde Malaysia mengumumkan kolaborasi dengan Umma, jenama fesyen terkemuka di Malaysia nutum pakaian muslimah.
Kolaborasi ini membolehkan pelanggan menikmati tawaran menarik dan juga promosi produk Mamonde yang disahkan Halal dalam tempoh kempen yang berlangsung dari 8 Mei hingga 30 Jun 2020.
Antara produk Mamonde yang dinantikan sempena kempen ini adalah:
- Ceramide Skin Softener
- Ceramide Intense Cream
- Ceramide Emulsion
- Ceramide Light Cream
- Pore Clean Stick
- Floral Hydro Ampoule Toner
- Floral Hydro Cream
- Floral Hydro Emulsion
- Rose Water Toner
- Rose Water Gel Cream
- Rose Water Soothing Gel
“Rangkaian Mamonde Ceramide mengandungi kombinasi sempurna daripada ekstrak lembapan Hibiscus dan Ceramide untuk membantu menguatkan penghalang luaran kulit dengan menahan kelembapan dekat dengan kulit.
Ia sesuai untuk kulit kering dan ternyahhirat dan apabila digunakan, kulit akan terasa segar dan lembap tanpa meninggalkan sisa-sisa yang melekit.
Oleh itu, ia sangat sesuai untuk wanita Muslim di bulan Ramadhan ketika pengambilan air agak terhad pada waktu puasa,” kata Margaret Chin, Pengurus Negara Amorepacific Malaysia.
Sepanjang tempoh kempen, pelanggan yang membeli minimum RM100 barang harga biasa di kedai terpilih Umma iaitu Umma.my dan Umma Aeon Shah Alam akan menerima promosi dan tawaran seperti berikut:
- Satu kali potongan 20 peratus boleh ditebus melalui kod promo UMMAMAMONDE untuk pelanggan Mamonde yang berbelanja dengan Umma.
- Set hadiah percuma Mamonde Ceramide yang mangadungi empat unit produk. Set hadiah ini merangkumi Ceramide Skin Softener (25ml), Ceramide Emulsion (25ml), Ceramide Light Cream (15ml) dan Ceramide Intense Cream (15ml) bernilai RM110.
- Baucar diskaun Mamonde RM15, dengan pembelian minimum RM150 di dalam satu transaksi apabila anda membeli-belah di kedai Watsons dan Watsons online.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen Mamonde X Umma, sila kunjungi Facebook Mamonde Malaysia dan laman web Umma.