Individu berbintang Capricorn terkenal dengan sikap “moody” mereka, dan kadangkala menyampahkan!
Kamu setuju?
Zodiak Capricorn mempunyai watak yang bijak dan sentiasa menginginkan kehidupan yang stabil. Mereka mempunyai cita-cita tinggi sehingga kejayaan menjadi matlamat hidup mereka.
Individu yang tarikh lahirnya jatuh antara 22 Disember hingga 19 Januari cenderung untuk serius dan langsung tidak mempunyai sikap humor.
Bila anda ingin menakluki hati si Capricorn, anda mungkin akan berdepan pelbagai halangan kerana mereka seorang yang independent dan sukar. Capricorn sering disebut sebagai salah satu zodiak yang paling sukar untuk didekati.
Keperibadian mereka yang tertutup dan serius membuatkan mereka suka menyendiri, adakalanya sombong, kritikal, laser dan old fashion bahkan mementingkan diri juga.
- Foto – Dunia Islamku
Bagaimana personaliti Capricorn, Wanista bongkarkan.
Keras Kepala
Capricorn umumnya keras kepala dan kaku. Mereka percaya apa yang mereka katakan atau lakukan adalah benar. Mereka juga jarang mengubah sudut pandangan atau perspektif terhadap sesuatu, jika A maka A.. bukan Z, O dan sebagainya.
Jadi kepada pasangan, cubalah jadi penyabar dan menerima personaliti mereka seadanya. Tegur secara baik, dia pasti akan menerima dan memperbaiki.
Tak Suka Dikritik
Si Capricorn sangat suka apa yang dilakukan. Jadi apabila seseorang mengkritik perkara yang dilakukannya, dia mungkin tidak menyukai, malah mengendahkan. Tetapi kerana Capricorn orang yang bijak, anda boleh mengkritiknya selagi dengan alasan dan matlamat yang jelas.
Moody
Ini paling semua orang tahu. Capricorn dan Moody berpisah tiada! Capricorn mempunyai mood yang tidak menentu. Mereka boleh menjadi yang sangat menyenangkan, tetapi beberapa jam selepas itu, moodnya berubah menjadi muram.
Apabila murung, mereka tidak teragak-agak untuk menunjukkan kepada orang lain. Mereka tak pandai sembunyi, raut wajah mereka jelas terpancar.
Narcissistic
Orang yang narcist atau suka pada diri sendiri, jenis taksub dengan diri sendiri. Keadaan di mana orang yang mempunyai perasaan yang berlebihan dengan kepentingan diri, keasyikan melampau dengan diri mereka sendiri dan kekurangan perasaan empati untuk orang lain.
Inilah dikaitkan dengan mementingkan diri sendiri. Mereka fikir diri sendiri dahulu sebelum orang lain.
Walaupun adakalanya mereka cepat moody dan pemarah, tapi ingatlah mereka sangat setia bila berjumpa dengan pasangan yang betul.