Sempena sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke-32 penyanyi merangkap penulis lagu popular, Adele memuat naik fotonya di akaun Instagram miliknya. Wanita hebat ini menunjukkan transformasi dirinya yang cukup memukau pandangan mata ramai.
Wajah Adele tersenyum gembira jelas terpancar di raut wajahnya itu, seolah-seolah memberi mesej dirinya kini telah berubah baharu bukan saja dari segi bentuk fizikal. Malah dari segi dalaman juga!
Ibu janda anak satu ini mula mengambil keputusan menurunkan berat badan pada tahun lepas, Adele berhempas pulas menurunkan berat badannya dan dalam masa yang sama mengamalkan gaya pemakanan yang sihat sambil di pantau selia oleh bekas pelatihnya Pete Geracimo.
Hasil 13 bulan mengikuti rutin senaman sambil menjaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat, Adele akhirnya berjaya menurunkan berat badannya. Kita semua dapat lihat bagaimana transformasi Adele yang dahulu dan sekarang memang jauh beza bagai langit dan bumi.
Walaupun Dah Kurus, Tetapi Masih Dikecam Netizen
Kalau dulu ada dikalangan netizen yang mengejek dan sibuk memperkatakan tentang bentuk badan Adele yang bersaiz besar. Kini bila dah kurus pun masih di hentam dengan komen-komen negatif dari netizen, rata-rata ramai yang meluahkan rasa transformasi Adele yang terbaru ini bukan diri Adele yang dahulu.
Bekas Pelatih Kecewa Dengan Sikap Netizen
Sikap netizen yang memberi komen-komen negatif dan pandangan buruk mengenai transformasi terbaru Adele ini membuatkan bekas pelatih Adele iaitu Pete Geracimo bangkit mempertahankan Adele.
Menurut Pete, transformasi yang dilalui Adele telah didokumentasi dari awal perjalanan sehinggalah di akhir transformasi Adele.
“Ianya sangat mengecewakan mendengar komen-komen negatif mengenai tuduhan fat-phobic yang dilemparkan oleh orang ramai terhadap Adele.
Dan ramai yang menuduh kebenaran sebab utama Adele ingin menurunkan berat badan. Melalui pengalaman saya dan Adele, kami lalui banyak naik turun dalam mengecapi apa yang Adele kecapi sekarang ini.
Adele tidak pernah menyamar menjadi orang, apa yang anda lihat itulah diri Adele yang sebenar”. – Pete Geracimo, bekas pelatih Adele
Tidak kira apa jua motivasi atau niat sebenar Adele, tiada siapa patut mempertikaikan. Sepatutnya kita harus mengambil kisah perjalanan Adele untuk kekal sihat sebagai satu sumber inspirasi dan bukan sebaliknya.
For haters, you should stop being toxic people. Instead, you should get help with doctor…