Siapa dekat sini suka makan kerang? Kita geng!
Dalam banyak-banyak makanan laut yang bercangkerang, penulis memang suka betul makan kerang. Kerang direbus, bakar, memang favorite!
Jadi, hari ini, penulis nak kongsikan beberapa resepi kerang paling lazat sehingga membuatkan selera makan bertambah.
Tapi, sebelum itu, bila memilih kerang, sebaiknya pilih yang betul-betul elok dan bersih. Jangan pilih kerang berdarah atau sama sekali makan kerang berdarah. Mungkin ramai yang kata tidak salah untuk memakan makanan berdarah. Pun begitu, ia adalah satu kesilapan kerana darah yang terdapat dalam haiwan laut ini pernah menjadi punca penularan Hepatitis A dan E.
Baca : 6 Makanan Eksotik Boleh Membunuh Anda, No 2 Ramai Ketagih
Ini antara resepi kerang boleh kamu cuba masak.
Air Asam Kerang
Bahan untuk air asam:
- Bawang merah – hiris
- Tomato – hiris
- Cili padi – hiris
- Asam jawa pakai air rebusan kerang tadi
- Belacan
- Gula
- Daun ketumbar
Rebus dulu kerang letak serai dan bawang garam sikit. Sediakan air asam. Masukkan kerang. Sekarang siap dan boleh dimakan.
Rendang Kerang Hijau
Bahan yang diperlukan ialah:
- 2kg kerang (rebus dan buang kulit @ beli kerang yang dah siap kopek)
- 5 biji bawang kecil *
- 5 ulas bawang putih *
- 2 batang serai *
- 2 inci lengkuas *
- 1 inci halia *
- 5 biji cili hijau * (tak letak pun xpe)
- 15-20 biji cili api hijau * (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
- 1sk serbuk kunyit @ 1 inci kunyit hidup *
- 1 cawan santan pekat/ pakai santan kotak pun boleh
- 1/2 cawan kerisek
- 1 helai daun kunyit
- Garam
- Gula
- Serbuk perisa (ikut selera memasing)
Cara memasak:
1. Kisar bahan2 bertanda *
2. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi
3. Masukkan kerang + kerisek + santan , kacau hingga hampir kering.
4. Masukkan daun kunyit + garam + gula + perisa , kacau sebati, rasakan ikut selera kita.
5. Dah siap
Kerang Black Pepper
Bahan kerang:
- Kerang perlu dibasuh dan rebus sehingga terbuka dan toskan.
Bahan untuk black paper tumis:
- 6 ulas bawang putih (tumbuk@kisar)
- 3 sudu minyak masak
Campurkan semua bahan ini dalam 1 mangkuk:
- 3 sudu Black pepper@ lada hitam
- 4 sudu gula
- Secubit garam
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu kicap cair
- 1/2 cawan Air masak
Cara memasak:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan semua bahan dlm mangkuk tadi dan kacau sampai pekat.
3. Last sekali masukkan kerang dan gaul sebati sehingga semua perasa black peppers masuk dalam kerang.
4. Sekarang siap.
Kerang Masak Lemak Putih
Bahan-bahan:
- 1 batang serai
- 1 sudu lada hitam
- 1 biji bawang putih
- 6 biji bawang merah
- Cili padi
- 1 inci halia
- Santan
- 1ekor ikan rebus (isi sahaja)
- Kerang
Cara-cara:
1. Tumbukan bwang putih & merah, lada hitam, halia dan isi ikan bersama.
2. Bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam periuk bersama kerang yang dicuci, cili padi, serai yang diketuk dan santan.
3. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Nota: jika ingin masukkan sayur seperti bayam atau bendi juga boleh.
Masak Lemak Buncis Dan Kerang
Bahan yang diperlukan:
- 3 kg kerang 200grm
- Kacang buncis dibersihkan dan potong menyerong
- 2 cawan santan pekat
- 1 keping asam keping saiz kecil
- Garam secukup rasa
Bahan tumbuk halus
- 8 biji cili api
- 3 cm kunyit hidup
Cara memasak:
1. Masukkan semua santan, bahan ditumbuk lumat, asam keping ke dalam periuk.
2. Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kacang buncis, garam dan kerang.
3. Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan kacang buncis masak.
4. Ingat sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.
Kerabu Pucuk Paku Kerang
Bahan-bahan:
- Pucuk paku – celur dulu
- Kerang – rebus dulu
- Cili besar, cili padi, bawang putih – tumbuk
- bawang merah – hiris
- Tomato – potong kecik
- Cili padi – hiris kecil
- Limau nipis – perahkan jus
- Sos ikan
- Garam, gula, serbuk perasa
Satukan ke semua bahan dan kacau sebati. Sekarang dah boleh hidangkan.
Kerang Bakar Berempah
Bahan-bahan:
- 1 kilo kerang dicuci bersih
- 1/2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 inci halia
- 2 sudu cili kisar
Cara memasak:
1. Semua bahan kecuali kerang dikisar halus dan tambahkan sedikit garam.
2. Panaskan minyak.
3. Masak sekejap bahan-bahan yang dikisar.
4. Masukkan kerang bersama-sama bahan yang telah dimasak ke dalam aluminium foil.
5. Panaskan kuali leper.
6. Bakarkan sebentar dalam 5 – 10 minit atau sehingga ada kerang yang terbuka.
7. Dah siap dan bolehlah dihidangkan.
8. Perah limau nipis sedikit untuk menambahkan rasa.
Somtam Kerang
Bahan untuk menyediakan Somtam Kerang:
- Kerang rebus
- Bawang putih
- Cili padi
- Belacan
- Sos ikan
- Gula / gula kabong
- Jus limau nipis
- Tomato
- Daun ketumbar
Semuanya disatukan dan gaul sebati.
Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly
Bahan-bahan:
- *Bawang Besar 2 biji
- *Bawang putih 4 ulas
- *Halia 1 inci
- *Cili besar merah 2 biji
- *Cili padi merah 7 8 biji
- Serai 2 batang hiris panjang
- Sos tiram
- Sos cili
- Maggi cukup rasa
- Lada benggala (ikut suka nak letak)
- Kerang rebus kopek kulit sebelah
Cara sediakan, kisar bahan bertanda * dan tumiskan kesemuanya. Sentiasa tengok supaya kerang tak overcooked.
Gulai Lemak Cili Api Pucuk Ubi Dan Kerang
Bahan perlu disediakan:
- Isi kerang yang dah direbus
- Pucuk ubi
- Santan kelapa
- Garam
- 1 keping asam keping
- Cili api (tumbuk lumat)
- Kunyit ( tumbuk lumat)
Cara masak:
1. Masukkan bahan yang ditumbuk dan santan dalam periuk. Kacau sampai kuah mendidih.
2. Masukkan asam keping, pucuk ubi, garam.
3. Bila pucuk ubi dah masak boleh masukkan isi kerang yang dah direbus.
4. Sekarang siap.
Sambal Kerang Cili Api
Bahan-bahan:
- 2kg kerang direbus dan asingkan isinya
- 10ulas bawang merah*
- 5ulas bawang putih*
- Segengam cili padi*
- 4bj lada hidup*
- 1inci kunyit hidup*
- 2keping asam gelugor
- Minyak menumis
- Garam dan perasa
- 1bj bawang besar dihiris
Cara masak:
1. Isi kerang digaul kunyit dan garam dan digoreng separuh masak kemudian toskan.
2. Kisar kasar semua bahan bertanda*
3. Tumis bahan kisar tadi, campurkan asam keping dan perasakan.
4. Bila tumisan dah betul-betul garing, masukkan kerang dan hirisan bawang besar. Gaul rata.
Sedapkan semuanya. Sekarang selamat mencuba!