Kulit yang kusam boleh kelihatan berseri dengan sapuan pemerah pipi! Cantik terletak elok di pipi membuatkan penampilan kamu nampak manis dan comel sekali.
Siapa suka pakai pemerah pipi? Penulis cukup suka bermain dengan pemerah pipi, warna-warna seperti merah jambu dan peach disapu untuk menambah seri wajah.
Bestnya pemerah pipi, walau kamu tak suka mekap atau sekadar mengenakan mekap natural, oleskan sedikit pemerah pipi pada kedua belah pipi terus terus terlihat segar dan berseri.
Cari Pemerah Pipi Ikut Jenis Kulit
Pemerah pipi juga dihasilkan mengikut formula yang betul dengan jenis kulit kamu. Mana sesuai dipakai untuk si berminyak, sensitif, kering malah normal.
Kulit normal hingga kering : Cuba cari pemerah pipi dengan formula krim. Lapisan formula krim mampu memberi kelembapan tambahan pada kulit.
Kulit normal ke berminyak : Pilih dari formula serbuk. Jenama pilihan yang disyorkan kebanyakan jurumekap adalah Nars Blush. Ia akan bertahan lebih lama daripada pemerah pipi jenis krim.
Untuk kulit berminyak : Kamu cari pemerah pipi dari formula gel (yang sukar dicampur pada kulit kering). Jenis gel yang velvety mampu membuatkan kulit kekal lembap tanpa nampak lagi berminyak.
Bagaimana untuk tona kulit, cari yang padan di sini – Tips Mekap! Padanan Warna Pemerah Pipi Setiap Tona Kulit
Cara Pakai Pemerah Pipi
Bagi mengoles pemerah pipi, buat wanita yang bertulang pipi tinggi adalah tepat di atas tulang pipi. Manakala buat tulang pipi yang normal adalah di bawah tulang pipi.
Jenama Yang Best Pilihan Wanista
Nars Blush
Clinique Chubby Stick
Bobbi Brown Blush
Tarte Amazonian Clay
Benetint by Benefit Cosmetics
Jika kamu ada jenama lain yang best, sila komen. Nanti team Wanista boleh cuba.