Tahu tak gerak geri tubuh yang kamu tunjukkan merupakan bahasa badan yang dapat membongkar maksud isi hati kamu sendiri. Bahasa badan atau komunikasi tubuh badan merupakan mesej tersirat yang boleh dibongkar jika faham dan tahu maksudnya.
Ini antara beberapa gerak geri bahasa badan yang menyampaikan maksud tersirat diri kamu.
Menyilang Lengan
Postur menyilang lengan seperti ini memberi mesej-mesej yang tersendiri seperti mesej yang bermaksud cuba melindungi diri, panik, berasa degil atau pun cuba menjarakkan diri daripada orang lain.
Pandangan Mata
Mata merupakan tingkap jiwa manusia, ini dapat di nilai menerusi pandangan mata seseorang semasa berbual. Dengan membuat eye contact menunjukkan kamu berminat dan memberi perhatian terhadap orang tersebut.
Manakala jika orang tersebut tidak membuat eye contact dan kerap memandang ke tempat lain, ini bermaksud orang tersebut berasa tidak selesa dan cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.
Duduk Sambil Kaki Terbuka Luas
Jika kamu atau orang sekeliling kamu duduk dengan gaya seperti ini, ia memberi mesej bahawa kamu membuat kawasan atau menunjukkan kuasa dominasi terhadap ruang tempat duduk di situ. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa kamu seorang yang terbuka dan mudah menerima sesuatu perkara.
Duduk Sambil Menyilang Kaki
Gaya duduk seperti ini juga memberi gambaran dominasi, berkeyakinan dan ia menunjukkan zon kuasa kamu. Secara tidak langsung postur ini telah memberi mesej kepada orang lain bahawa betapa kamu sangat berkeyakinan dan mempunyai jati diri yang kuat.
Bercekak Pinggang
Bercekak pinggang seperti ini membawa mesej bahawa diri kamu seorang yang tinggi keyakinan diri, berani dan memberi aura diri seseorang yang kuat. Biasa postur ini dilakukan apabila ingin menunjukkan diri kamu adalah seorang yang berani dan berkeyakinan.
Menggenggam Tangan
Gerak geri seperti menggenggam tangan membawa maksud bahawa kamu sedang menahan marah, geram, atau menunjukkan bahawa diri kamu merupakan seorang yang bersemangat. Bahasa badan seperti berlaku bergantung pada jenis situasi yang kamu hadapi ketika itu.
Senyum Dengan Kerap
Melakukan senyuman dengan kerap menunjukkan mesej diri bahawa kamu adalah seorang yang bersikap positif semasa berinteraksi dan dalam masa yang sama ia juga menunjukkan bahawa kamu adalah seorang berperwatakan menarik.
Jadi gaya tubuh yang mana satu kamu selalu buat?