Kamu gemar melakukan aktiviti yang mencabar dan ekstrem mungkin berkunjung ke jambatan kaca terkenal di China iaitu ‘Coiling Dragon Cliff’ Skywalk’ di wilayah Hunan ini mungkin kena dengan selera berani mati kamu.
Jambatan kaca ini terletak di Gunung Tianmen, Taman Hutan Negara Zhangjiajie ini mempunyai panjang laluan pejalan kaki sepanjang 100 meter dengan lebar luas sebanyak 1.6 meter.
Laluan yang bengkang bengkok dengan laluan curam pada ketinggian 1,403 meter ini membuatkan jambatan kaca ini di beri nama sebagai ‘Coiling Dragon Cliff Skywalk’ seolah-olah seekor naga berjalan di cerunam gunung tinggi.
Melihat foto-foto yang dikongsikan oleh pengunjung jambatan kaca di laman sosial media ini, boleh membuatkan jantung berdegup kencang bagi yang takut atau gayat pada ketinggian. Bagi yang memang tidak boleh berada di tempat tinggi, jambatan kaca ini bukanlah lokasi terbaik untuk kamu kunjungi.
Tapi berlainan pula bagi yang gemar dengan sukan lasak atau melakukan aktiviti ekstrem, dengan berjalan di atas jambatan kaca yang tinggi ini pasti membuatkan darah meluap-luap di kepala dek kerana terlalu teruja!
Lepas pandemik ni dah tak ada, ada sesiapa yang berani melawat jambatan kaca di China ni tak? Kalau ada yang pasang niat nak jejak ke sana, kamu memang luar biasa!
Rujukan: 1,